Pages

Wednesday, June 29, 2011

Hendak Berperang, Tapi Tiada Pedang. Sia-Sia

Ketika entri ini dicoretkan setelah beberapa insiden berlaku pada hari ini. Demikianlah juga  kehidupan sebuah manusia yang dijadikan oleh Allah, taat dan patuh segala suruhan oleh NYA. Hari ini saya belajar beberapa perkara yang saya fikir penting untuk saya renungkan bersama dengan rakan-rakan blog yang lain. Sudah menjadi kewajiban apabila azan berkumandang, maka wajiblah kita solat! Solat itu taing agama, kalau tidak solat pastinya kita sendiri yang meruntuhkan seri tiang agama islam. Hari ini saya hendak solat Zohor. Ya, untu solat haruslah lengkap, baik dari aiar wudhuk nya, temat untuk solat dan yang paling penting adalah PAKAIAN yang di pakai untuk solat. Selaku penjawat Kontrak, dan berkerja, sudah menjadi kelaziman solat di pejabat dan surau yang berdekatan. Hari ini setelah pulang dari menyelesaikan beberapa tugasan dan makan tengahari, saya niat untuk solat di Masji Jamek, Tanjung  Malim. Saya ke sana dan sampai di masjid. Masuk dan mencari kain  pelikat untuk  solat. Seluar yang saya pakai ini agak kotor. Biasalah berkerja dalam penghawa dingin telah memaksa kelenjar endokrin saya untuk merembeskan banyak cecair! Baik yang pejal atau cair! Telah beberapa kali saya ke tanda dengan seluar ini. Pasti, ianya tiadak lagi sah untuk saya solat dengan pakaian yang sebegini. Pasti juga terpalit kotoran walau sekelumit!  Puas saya mencari kain di masjdi yang sebegitu besar. Maka berlalulah saya untuk bertanyakan kepada sorang tua yang bari sahaja bangun dari lenanya (tatkala itu azan zohor sedang berkumandang).Mengantuk atau keletihan agaknya!! .Maka saya bertanya” erm..pakcik, kat sini ada tak kain pelikat? Saya memerlukan kaian pelikat untuk solat. Seluar yang saya pakai ini kotor”. Ujar saya kepada pakcik yang agak berumur itu. Pak cik member respon “ Owh, disni tak ada lah dik kain pelikat. Untuk kaum perempuan ada lah”. Ujar pakcik itu. Dengan raut wajah yang baik dan nada yang hiba pakcik tersebuat menjawab. Dalam hati ini berkelodak menjawab “ haissshh..tak akan  lah masjdi sebesar ini tiada kain pelikat untuk solat???”. Persoalan ini bermain di benak! Saya menghidupkan enjen motosikal saya DAM9402. Meluncur  laju ke dalam kampus. Saya meneliti di Surau Annur. Alhamdulillah. Ada kain pelikat. Kopiah pun ada!! (kalau sebelah luar di panggil ketayap!). saya mencapai kain tersebut dan solat. Hari ini dapat pahala 27. Solat berjemaah!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

NOTA PENTING!!
MORAL:  ini sekadar pesanan diri sendiri: kalau dah tahu seluar itu tidak boleh dipakai ketika solat maka, sediakanlah kain pelikat!! Kopiah juga. Rambut awak sudah panjang!
Pengurusan MAsjid Jamek: Untuk memastikan kepuasan dan mewujudkan masjid yang mesra pengguna, sediakanlah Kain pelikat. Warga yang bermusafir boleh gunakan kain yang di sediakan untuk solat. Pada saya, kain pelikat itu perlu ada. Penting! Jadikanlah kepentingan menyediakan kain pelikat untuk orang solat itu sebagaimana kepentingan dan tuntutan kewajiban BERSOLAT!. Ini akan memudahkan pengguna masjid nanti. Kai nada maka solat dapat dikerjakan dengan sempurna. Jika kain tiada?? Ini perlu di teliti semula. 

(sebenarnya, diri sendiri pun perlu sedar tentang kepentingan membawa kain pelikat tatkala seluar kotor. Jadi ini adalah situasi menang-menang. ADIL!)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/s: Solat yang sempurna adalah cukup rukunnya, Khusyuk, tartil bacaannya, beradab ketika mengambil wudhuk dan apa yang paling penting adalah pakaian mestilah bersih!!.  Solat dengan pakaian yang kotor ibarat mencurah air di daun keladi! Sia- sia! Ingatan buat diri sendiri. Fikir dan Zikir!! J





Tuesday, June 28, 2011

Falsafah mudah memudahkan. Hebat!!

Mudah dan memudahkan. Itulah falsafah yang saya belajar pada hari ini. Konsep belajar itu tudak semestinya formal, berada dalam kelas dan mengahdap buku diiringi oleh guru yang mengajar. Dari kata-kata dan perbuatan juga merupakan pembelajaran juga.  Hari ini saya menerima pelajran yang baru.  Ada seorang sahabat meminta bantuan saya untuk meng-kurier motosikal beliau ke Kelantan. Dan saya menerima  dan sanggup untuk membantu rakan saya yang dimaksudkan tadi. Puas memikirkan pada siapakan yang akan saya minta pertolongan untuk mengeiringi saya ke pekan tanjung malim bagi mengahantar motosikal tersebut untuk di  kurier. Memandangkan rakan sebilik saya masih lagi berada di taiping (outstation-saudara luqman menemani En Mat menyelia di Taiping) maka saya membuat keputusan untuk meminta bantuan tuan Fazrul (lebih selesa dipanggil yo, dengan izin). Malam semalam saya menghantar SMS untuk meninta pertolongan daripadanya dan Alhamdulillah,DIA memakbulkan doa saya. Tuan Yo bersedia untuk membantu saya mengiringi ke Pekan Tanjung Malim, ke sayrikat Kurier  Swasta SykNet. Tatkala pagi menyinsing pada 29 jun 2011 (selasa), saya sudah tepati janji untuk ke Pekan dan mengahntar motosikal. Pad amulanya jam 8.30, akan tetapi ada sedikit masalah yang mengekang  maka saya lewatkan penghantaran kepada pukul 11 pagi. Sebelum ke pekan, saya mengikuti penyelia saya ke IPS untuk ambil bahan hebahan pengajian pasca siswazah untuk Dr Mazdi edarkan ke sekolah-sekolah yang diselia. Sambil menyelam minum air. Senaskah bahan hebahan diambil. Semasa dikaunter, saya disambut girang oleh seorang staf. Ya agak manis juga orangnya. Saya terlihat sebuah buku analisis statistic, tajuknya  ANALISA DATA DAN PENTAFSIRAN dengan menggunakan SPSS. Saya amat berminat dengan buku ini. Sangat OBSES dengan buku-buku analisis statistic SPSS. Juga mahu jadi orang hebat!. Lalu saya bertanya kepada Cik adik manis yang berda di kaunter, “Buku ini dijual ke?” maka beliau menjawab ya. Dalam pertanyaan yang sama Dr Mazdi meneguhkan ayat saya dengan “ ni budok ni nak beli buku” saya tergelak kecil. Pada masa yang sama say juga sudah siap menulis nama dan nombor tetefon untuk dihubungi jika buku ini boleh di beli, ini sekadar tanggapan awal sahaja. Rupanya buku ini sudah ada stok!! Bukunya dibawah meja kaunter sahaja. Saya  berkata “ owh kalau begitu, saya kena pergi ke bank dan ambil duit dahulu”. Pada masa yang sama duit memeng tiada!kering! menunggu gaji sahaja. Pada masa inilah penyelia saya berkata  “ tak payah amar, guna duit saya dulu, kemudian nanti awak bayar pada saya balik”. Hati saya terdetak. Alhamdulillah. Inilah falsafah senang menyenangkan!! . Dr mazdi menambah “ takkan lah awak nk balik dan kemudian datang balik ke sini?” saya hanya tergelak dan senyum sahaja. Terharu pun ada. Tidak berkira orangnya! (kini sedang menunggu BAS mini untuk di tunggang. Kuda besi beliau yang baru ini lagaknya seperti BAS mini. BESAR!! Main bola pun boleh!!. Katanya “ Quality OF Life” dengan izin!!) Tiada apa yang dapat saya ungkap melainkan berterima kasih. Harga buku tersebut adalah RM 30.00. saya sangat Obses dengan buku-buku analisis statistik!! Setakat ini saya sudah memiliki 7 buah buku analisis statistic 4 daripadanya hasil nukilan Prof Dr Chua Yan Piaw (UM)  sebuah buku dari orang hebat statistic UKM Prof Dr Rahim md Nor, dan sebuah buku terbitan venton Publication dan yang terbaru daripada nukilan pensyarah UPSI, Prof Madya Dr Ramlee (mantan Dekan IPS, kini Prof Madya Dr Suhaily, juga penyarah dari jabatan Geografi dan Alam Sekitar UPSI). TERIMA KASIH DR!! (menunggu untuk saya bayar balik pada Dr sahaja nanti, duit telah saya ambil! )

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Beralih kepada cerita tadi. Saya ke KUO untuk menjemput Tuan Yo dan memanaskan enjinMotosikal bagi perjalanan ke PekanTg Malim.Alhamdulillah. Semua baik-baik saja. Setelah sampai di sayrikat kurier berkenaan maka saya member dalam kemudian menyatakan hasrat untuk pos motosikal tersebut. Maslah timbul apabila dokumen cukai jalan motosikal tersebut tamat tempoh. Apa boleh buat. Kroni pun tiada! Makanya. Saya berlalu bersama Tuan Yo mencari kedai untuk singgah minum sekejap. Ya. Kami berborak panjang lagi. Pada masa yang samaTuan Yo juga sibuk menguruskan hal-hal dunia!picisan saja!. Terima Kasih Tuan Yo. Jasa tuan saya hargakan.  Dua orang hamba Allah ini telah mudahkan kerja saya pada hari ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih. Kita memudahkan orang,kelak orang akan memudahkan kita. ini falsafah kehidupan. Allah maha kuasa. Segalanya datang dari DIA.  J


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


             Dianjung ini saya kreditkan Gambar tuan! Tuan orang hebat!


                                                                                
                                                      Tuan Dr Mazdi. Penyelia saya. orangnya hebat dan Low profile
                                                                                                 Terima kasih DR! 
                                                          Dengan Izin ya Dr. Gambar ini ada dalam simpanan saya.
                                                        Diambil semasa program di Pos Bersih. snap shoot DSLR D200!




                                                                     Tuan Yo. Orang Besar KUO. Tuan Hebat. 
                                                                             Terima Kasih atas pertolongan!



amaran! : saya sudah kemaskini blog ini! heheh

P/s : Bakal penyelia saya pernah berkata, “kita mudahkan orang, esok-esok orang akan mudahkan kita”. Jelas hukum karma itu adil!Ungkapan ini akan saya ingat. Sangat bermakna!. Tidak lokek memberi bantuan. Apapun sahaja di dunia ini tidak akan berlaku dengan senang tanpa Izin dari Allah. Kepada tuan Yo, perkenalan kita sangat singkat dan bermakna. Terima kasih kerana menolong saya. Saya ini orangnya murbawan, lagi terkesan jika orang kuasawan seperti tuan sanggup menolong! Tuan Orang hebat! Lagi hebat bila  berbudi. Terima kasih!! J

Elbakhtiar
Tg Malim.
29/6/2011

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saturday, June 25, 2011

PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN DAN KONVOKESYSEN.

Hari semalam, Jumaat 24 Jun 2011 (hari ini sabtu, 25.6.2011) saya berwisata ke Bangunan Canselori. Sepert biasa, sebagai penjawat kontrak ini saya terpaksa punch kad bagi menandakan hadir berkerja. Birokrasi ! Kiraan pada kad Punch ini akan dikira sebagai hari untuk dibayar gaji pada setiap bulan. Lalu pada pandangan mata terlihat pada papan tanda unit pengijazahan. Ya, saya meluru kea rah unit ini. Ketika ini sudah lewat untuk masuk ke pejabat, jam 8:15 pagi. Saya berjumpa dengan pegawai di Unit Pengijazahan ini. Saya bertanyakan berkenaan dengan bila boleh membuat bayaran untuk peminjaman jubah Konvokesyen sidang ini. Saya juga berntanya kepada pegawai berkenaan tentang ada atau tidak yang akan diposkan ke rumah, memandangkan rumah saya yang kini sedang dibaiki, saya khuatir surat menyurat yang akan sampai ke rumah hilang.  Nyata sekali, ada surat yang akan diposkan ke rumah, iaitu Surat Pengesahan Tamat pengajian dan Slip Keputusan Praktikum. Saya terus meminta keizinan untuk mengambil di pejabat Unit Pengijazahan tanpa pos ke Rumah. Tajuknya: Tamat Pengajian dan Layak Dianugerahkan Ijazah. Dan diikuti oleh ayat-ayat yang lain dan dibawahnya tertera :

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian
Kelas Kedua Atas.

Tiada apa yang dapat saya ungkapkan melainkan rasa syukur yang tidka terhingga. Selama 4 tahun pengajian, tidak sangka kini sudah memiliki segulung ijazah pendidikan. Kini bercita-cita besar untuk menyambung lagi pelajaran. Maka saya dapatkan surat ini kemudian saya Laminate  untuk mengelakkan surat ini renyuk dan rosak. Saya simpan dan kepilkan ke dalam fail.

Beralih kepada hari Konvokesyen, telah ada berita yang tidak rasmi berkenaan dengan tarikh dan sidang kovokesyen yang diuwar-uwarkan. Berikut adalah sidang dan masa pembahagian ijazah kepada graduan.

Senarai penuh istiadat konvokeseyen UPSI 26 Julai-30 Julai 2011

26/7/2011[PAGI] : Muzik, DPAKK
26/7/2011 [PETANG] : Kesasteraan Melayu, Moral, Teknologi Reka Bntuk Komputer, Sains matematik.

27/7/2011 [PAGI] : PENDIDIKAN KHAS, GEOGRAFI

27/7/2011 [PETANG] : Usahawan dan Perdagan, sains sukan, Seni, Akaun
28/7/2011 [PAGI] : Sains, Pengusan Perniagaan, Pendidikan Matematik, Pengursan Pendidikan
28/7/2011 [PETANG] : seni komunikasi visual, kemahiran hidup
29/7/2011 [PAGI] : bimbgan dan kaunselng, sains kejurulatihan, pend. islam, multimedia, teknologi maklmt.
29/7/2011 [PETANG] : sejarah, ekonomi, psikologi sukan
30/7/2011 [PAGI] : Bahasa melayu dan TESL

 
Sumber:  Facebook (2011)

Bagi ISMP (Geografi) adalah [ada 27.7.2011 rabu. Saya menelefon mama di rumah dan membincangkan sedikit berkenaan degan hari konvokesyen yang bakal menjelang. Ternyata, semua mahu ikut!! Ya, mana tidak nya, berjalan ke negeri orang! Namun saya masih ragu dengan keadaan ayah yang masih bengkak kakinya akibat ternkena serpihan kaca. Masih terhencut-hencut. Apa pun, kalau mereka dapat datang Alhamdulillah. Tapi jika tiada rezekia saya, cukup sekadar adik-adik yang meraikan nya pun sudah mencukupi. Saya faham dengan keadaan ayah yang sebegitu. Hotel pun telah saya tempah. Bilamana dikira bajet untuk Konvo ini sahaja sudah mencecah RM 5++. Wah! Ini sudah membazir. Akan sya kurangkan bajet tersebut. Kongsi-kongsi  bayar dengan mama lah agaknya nanti!. Jimat cermat! Anda masih lagi bergelar pelajar! J


Inilah surat PEngesahan Tamat Pengajian. 
Dokumen Penting untuk penempatan guru nanti!!
surat  ini juga telahpun saya laminate kan!! tahan basah dan renyuk!




ISMP GEO kelas kedua atas. Ramai juga yang dapat Kelas pertama. Bagi saya tidak mengapalah, mereka itu orangnya pandai-pandai. dapat kelas kedua atas pun saya bersyukur dengan apa yang saya usahakan.
mungkin rezeki saya dilain hari. Ameen.



Orang lain tak dapat lagi surat ini sebab Bahagian Pengijazahan tak pos lagi ke rumah. hahah saya dah ambil dulu!! Semua mesti kena cepat!! Baru lah maju. :)

P/s: Konvokesyen kali ini merupakan yang pertama dalam hidup. Yalah, ini konvokesyen ijazah pertama! Sangat tidak sabar untuk menunggu hari kerjadian. Memakai  jubah dan bermortar apa lagi berselempang rona Biru Turquoise! Semoga diberikan kekuatan untuk sampai dan menyambut hari tersebut dengan penuh syukur dan selamat. Tak lama lagi akan ‘Berkonvo’ lagi!! Doakan saya! Ameeennn. J

Thursday, June 23, 2011

Bila Pak Menteri Datang! Semuanya Mahu Sempurna!

Ceeettt..cirit punya worang!

Inilah yang dikatakan sebagai diperkudakan retorik politik. Poli+TIKUS!!!. Bila mana datang pak menteri, makanya semua mahu kelihatan sempurna dan hebat. Hebat segala-galanya, baik dari segi makanannya, pengurusan protokolnya dan segala macam kerja harus sempurna! Ya,  semua di kerah! Macam zaman kolonial, kerahan tenaga! Baik dari sekecil-kecil manusia hingga lah ke yang sebesar-besar manusia. Semua turun, bersewang di lapangan! Alhamdulillah, semuanya selesai. Tiada lagi kekalutan yang harus di kejar. Mereka itu orang yang besar-besar, pandailah mereka nilaikan. Program di pos bersih selamat DIKUBURKAN hehe. Apa pun, saya menolong mana yang patut sahaja. Menolong pun keletihan juga!! Tapi bukan ini yang ingin dipolitikkan. Cukup sekadar menolong adik-adik. Lagi pun,  urursetia ramai. Patutnya semua boleh cepat dan pantas. Kalau semua tidak bertindak sebagai “pemerhati”, kerja akan jadi cepat. Perihalnya, ramai yang bertindak sebagai pemerhati bebas!! Sila ubah sikap anda! Semoga ini menjadi pengalaman yang bermakna buat mereka yang baharu sahaja berkalutan dalam program yang berimpak besar sebegini.  Permisi dulu ya!


P/s: Owh ya, sempat juga mandi sungai di belakang sekolah. Airnya sejuk! Nyaman sekali. Jarang-jarang mandi sungai. Saya budak kampong. Maka sungai sajalah tempat untuk bersuka ria.  J selepas ini juga boleh fokus untuk menulis kajian pula!! (semoga mencapai matlamat! Ameeen)

Monday, June 20, 2011

Keletihan Dan Sedikit Kesibukan.

Agak sibuk dua tiga menjak ini. Ulang alik daripada Pos Bersih, Ulu Slim, Slim river  atas kapasiti tolong menolong warga-warga staf FSK program baktisiswa khidmat masyarakat orang asli. Sekali lagi bergelumang dengan orang asli. Cukup menginngatkan saya kepada anak-anak murid di SEMESTA. Kaum dan sukunya juga sama. Sama adat, tutur juga sama. Pakaian juga sama. Pastinya, saya sedekahkan segala pengalaman dan ilmu yang saya dapat semasa mengajar orang asli ini kepada kalian. Ramai yang bertanya, saya sekadar menjawab atas kapasiti  ilmu yang saya ada. Bukalah hebat manapun. Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman yang tercoret indah di SEMESTA. Hingga kini mengingatkan saya tentang segala nya memori di Tapah, SEMESTA. Program yang berlansung hanyalah melibatkan staf dan warga FSK sahaja. Ya, semuanya bertandang ke perkampungan orang asli. Harapan saya agar semua akan dapat merasai menguruskan pelajar asli yang saya  fikir segalanya tandus. Mereka perlukan perhatian dan kini progam yang mendapat sokongan padu daripada menteri KPT ini telah membawakan satu sinar baru dalam kehidupan masyarakat orang asli. Akan berulang alik lagi ke Pos Bersih sehingga progam citra siswa rakyat ini pada 24 jun nanti. Saya bersama penyelia saya ke pos bersih. Saya terlibat dalam pengajaran kelas bimbingan orang asli pada 21 jun (selasa). Minggu ini akan sedikit kesibukan. Yang pastinya minggu depan akan sedikit lega dan santai. Harapan tiada apa yang menghalang lagi. Penulisan kajian  kampus lestari dan tesis master harus bermula. InsyaAllah. Moga-moga saya diberikan kekuatan. Saya juga lemah. Mohon kekuatan daripadaNYA jualah! Ameen. Ingin berehat seketika. Salam permisi.


P/s: ada seorang abang menasihatkan saya tentang solat, katanya “awak kena buat solat dhuha” ujar beliau. Beliau menyatakan lagi “ rezeki bukan sahaja masuk dalam bentuk duit, permudahkan urusan juga itu rezeki”  momel beliau lagi. Saya mengangguk dan penuh rasa hormat. Ya, sudah lama saya tinggalkan solat ini. Lama sangat. Moga ingatan ini akan terus memasukkan iman saya supaya gagah untuk saya laksanakannya. Solat dhuha! Jom kita sama-sama amalkannya! Moga saya diberikan kekuatan! Ameen J





Friday, June 17, 2011

Penulisan Proposal & IPS.


 Alhamdulillah. Segala kelengkapan dan dokumentasi unt6uk saya lengkapkan bagi permohonan masuk ke program sarjana telah pun lengkap. Proposal atau dalam bahasa melayunya juga disebut sebagai cadangan penyelidikan merupakan syarat wajib yang perlu dipenuhi oleh calon yang ingin menyambung pengajian di peringkat sarjana bagi MOD A. pembelajaran diperingkat sarjana mempunyai beberapa kaedah (MOD atau cara pengajian= ini adalah berdasarkan kepada apa yang saya faham) yakni ada MOD A , B dan C. jika dahulu MOD A merupakan mod dimana pelajar perlu menghadiri kelas dan melakukan penyelidikan, mod B juga kelas dan penyelidikan tetapi lebih pembehagian jam kreditnya sama (contih kalau 36 jam kredit, makanya dibahagikan dua, 18 untuk habiskan kelas dan 18 lagi untuk penulisan tesis. Dan MOD C adalah cara pengajian dimana oelajar tidak perlu menghadiri kelas. Lakukan penyelidkan sahaja. Akan tetapi definisi ini telah berubah, yakni MOD A adalah sebagai penyelidikan sepenuhnya. SAya mengambil MOD A sebagai salah satu pilihan pengajian kerana, ada justifikasinya :

1) Tidak sesuai  untuk mengambil MOD B dan C kerana ia memerlukan pelajar ke kelas. Saya tidak tahu dimana lagi tempat yang saya akan posting, maka saya memilih MOD A.

2) Fakulti FSK tidak menawarkan MOD pengajian B dan C. maka tiada pilihan. MOD A lah yang ada!!

Saya hemat saya, tujuan penukaran definisi mod ini adalah untuk mengimarahlan lagi semangat penyelidikan dalam kalangan pelajar UPSI khususnya.  Bagi hemat saya, MOD B dan C tiada bezanya dengan pelajar ijazah sarjana muda. Ke kelas dan menulis penyelidikan. MOD A mungkin jarang pelajar untuk ambil kerana takut pada peperiksaan lisan akhir VIVA yang mana pelajar akan ditanya bertalu-talu oleh pemeriksa luar tentang kajian yang telah dijalankan. VIVA ini sudah sedikit memasuki ala-ala mod pengajian di peringkat P.hD. ya! Bagi saya sama! Kerana sarjana MOD A dan pengajian doctor falsafah adalah sama daripada segi penstrukturannya. Cuma ukuran kedalalaman kajian yang membezakannya. Kajian di peringkat sarjana mungkin tidak sedalam kajian yang dijalankan oleh pelajar P.hD. ini lah apa yang saya katakana sama! Pengorbanan juga tidak sama! P.hD agak mujahadah perjalannya!. sarjana? Baru permulaan cerita! Hehe sekadar bercerita sahaja!

Proposal yang ditulis lengkap serta dokumen. Telah saya hantar di  IPS petang tadi (17 jun 2011, Jumaat). Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Nizam (penyarah minor saya) dan Prof Dr Zainudin (Timb. Dekan Akademik FSK) yang sudi menjadi pengadil bagi pihak saya! Alhamdulillah! Semuanya selesai! Tunggu sahaja keputusan pada Ogis nanti! Harap semuanya okai!

P/s: Target saya! Sebelum posting, penulisan tesis hendaklah sudah meliputi BAB 1, 2 dan 3!!! Ini target. InsyaAllah capai!! HAruslah gigih menatar ilmu! Bermatlamat dan jelas!!

Thursday, June 16, 2011

Rezeki itu! Ada dimana-mana. Carilah yang halal! Terima Kasih Dr Mazdi.

Alhamdulillah. Sangat bersyukur pada mu yang RABBI. Rezeki  itu Allah telah tulis kan pad ahambanya. Kitalah yang harus mencari dan berusaha ke arah itu. Ya! Saya bersyukur, kali ini saya ditawarkan untuk menjadi pembantu penyelik (RA) Dr  Mazdi. Sambil belajar dalam pengajian sarjana juga berkerja dengan beliau. Saya senang berkerja dengan beliau. Laju dan bermatlamat! Alhmdulillah. Saya juga dibayar gaji. Kata Dr Mazdi saya ‘gaji ini boleh lah tamping sikit-sikit untuk bayar yuran master nanti’ ayat ini memang saya ingat!  Niatnya ingin membantu cukup  saya hargai! Dan kata-katanya saya dibayar gaji berijazah. Saya belum dapat skrol pun dah diberi gaji berijazah! Inilah yang membuatkan saya tidak mampu berkata apa-apa. Jasanya sangat ternilai. Dengan duit ini bolehlah saya kumpul dan tambah sikit-sikit untuk yuran dan duit poket. Ya, inilah yang dikatakan  kalau nk seribu daya! Saya memang nk belajar, tapi kekangan duit. Allah telah bantu saya temukan dengan orang yang ingin sekali menolong saya! Alhamdulillah. Rezeki MU ya rabbi ada dimana-mana. Sungguh saya merasakan bersyukur yang amat pada MU ya Rabbi! Sudah lama ini menulis. Inilah yang ingin saya luahkan! Ya, Praktikum pun Dr bagi A. tidak saya sangka! Saya mengajar tiada apalah sangat. Biasa saja! Huhu…Dr telah tolong saya naikkan pointer. Alhamduliilah. Hati kini melonjak girang. Pada hari yang sama, saya menerima kad “punch” untuk saya swapkan di bangunan caselori menandakan saya datang berkerja degan Dr. ya, saya juga diberikan meja dan kerusi! Meja dan kerusi untuk saya di dalam biliknya! Pada meja dan kerusi inilah saya buat kerja dan menulis entri ini. Ya. Sungguh selesa. Dalam bilik yang berhawa dingin. Selesa menulis kajian dan berfikir. Saya sudah diberikan pelbagai nikmat dan kesenangan. Saya sangat mensyukuri nikmat pemberian MU ya Rabbi. Tetapkanlah hati ku agar kerja yang akan aku hampiri ini ikhlas dan tolong menolong sesame insan. Rezeki MU tidak terhitung luasnya!! SAya bersyukur!



P/S:  Terima Kasih Dr Mazdi Marzuki. Saya doakan agar Dr dipanjangkan umur dan diberikan rahmat dalam kehidupan.  Ameennnn!!

Wisatalah! Cari lmu!

Segalanya rapi. Mental dan fizikal! Saya memberitahu kepada sahabat saya, Rabu kita ke UKM dan UM. Inilah matlamat kita duhai aduka. Luqman mengomel “ ya, jom!”. Berwisata ke UKM dengan menggunakan kenderaan bertrek. KOMUTER! Selamat dan selesa (jika tiada orang yang bersesak!). sampai di UKM. Terus  ke PTSL. Bila mana saya menyebut PTSL kepada pemandu kereta sewa itu maka terpinga-pinga ia mendengar! Owh saya terlupa, itu bahsa orang buku! Saya kembali menyebut “ Perpustakaan UKM” pakcik. Makanya terus di respon dan mengajak saya menaiki kenderaanya dengan penuh semangat! Ya  wisata saya ke UKM. Lama sudah tidak datang ke gedung ilmu ini. Mencari, godek! Semua jurnal yang dikehendaki saya temukan! Ini adlah berkat dan asuhan Penyelia sarjana muda saya dahulu, Dr Mazdi. Dan kini beliau juga adalah penyelia bagi projek sarjana saya! Berkat tunjuk ajarnya bukan kepalang! Alhmdulillah!

Perputaakaan ini akan ditutup pada jam 7 Malam. Begitulah bunyi pengumuman yang dilakukan oleh ahli pustakawan yang berada di PTSL. Cukup cekap! Ya saya dan sahabat saya membuat keputusan untuk beredar pada jam 6. Ya, pada masa yang sama saya menerima SMS daripada rakan saya semasa sekolah dahulu. Kini sebagai pelajar pra siswazah di UKM, jurusan Perakaunan! Beliau hebat! Maka ada saya meminta darinya nombor telefon prebet untuk saya naiki bagi mempercepatkan perjalanan saya dari PTSL UKM ke Terminal komuter yang berada tidak jauh dari UKM. Makanya diberilah nombor telefon itu kepada saya.  Kemudian, saya memanfaatkan nombor yang diberikan apabila tiba waktunya. Petang  tersebut saya SMS ke nombor tersebut! Ya, saya menggunakan kata nama diri saudara! Makanya apabila SMS tersebut sampai pada orang yang saya SMS-kan. Lantas orang tersebut itu menjawab “ eh, bukanlah. Saya saudari yer. Errmm pukul berapa eak”? wah! Rupanya perempuan! Dalam hati saya berkata “ cilanat nyer saing!” hahah tergelak sendirian. Masih lagi mengenakan saya. Dari sekolah dulu hinggalah kini. Masih begitu perangainya! Maka saya berkata, Ya, saya dah berada di didepan PTSL. Beliau mengingatkan saya supaya  alert pada plat pendaftaran kereta kancil berwarna silver. (nombor platnya sudah saya lupa!). kemudian  tibalah belati besi itu! Ya ada dua orang anak gadis. Seorang ayu lagaknya, bertudung. Maka seorang lagi tidak beralas rambutnya (Free Hair). Ya saya memberi salam. Salam perkanalan! Mana tidaknya, tidak saya kenal tuan empunya kereta yang saya naiki! Sambil bersahaja sahaja saya bertanya belajar dimana dan tahun berapa. Sebenarnya saya sudah tidak tahu apa yang mahu dituturkan!! Malu! Ya sahabat saya diam seribu bahasa! Hahah dalam hati saya bekata ‘ cilanat sungguh Eg nih’. Sesampai saya ke terminal train, saya membuka dompet. Saya tanyakan ‘ Berapa ya?’ maka pada kali pertamalah saya melihat pemandunya yang tidak bertudung itu! Agak lawa juga! Saya sentap melihat! Luqman diluar kereta. Saya mengucapkan jutaan terima kasih SAuDARI! Berlalulah ia dengan meninggalkan saya dan luqman dengan kuntuman senyuman yang memukau! Haish! Tergugat iman!

Mengambil tiket komuter ke Bandar Tasik Selatan! Bersesak sesak! Ya  sampai disana, saya menceritakan pengalaman kepada  saudara Suraizi, apa yang belaku di UKM. Sungguh saya geram! Haha kadang tergelak jua di dalam kereta semasa beliau menjemput saya di BTS. Bermalam di rumah saudara Radhie di ceras. Keluar berjumpa dengan rakan dan sahabat taulan di KL yang sudah 6 tahun terputus hubungan. Lama juga bersembang di kedai. Dek rasa keletihan, saya akur! Saya mahu tidur! Esok wisata lagi ke UKM. Ya, bangun disebelah paginya, ke UKM lagi. Ya, kali ini dengan dibawa oleh kereta. Sampai di UKM, menjalankan tanggungjawab mencari bahan! Ya, bahan yang dicari adalah jurnal bagi penulisan cadangan penyelidikan sarjana! Banyak jurnal yang ditemui! Suka dan gumbira! Kata penyelia saya, kalau sudah ada bahan yang cukup, maka tesis awak sudah lengkap!’ sangat mengujakan saya! Inilah semangat! Semangat dan pengorbanan demi sesuap ilmu!

2 hari di PTSL UKM. Sangat mengujakan! Ya hari ketiga, ke UM. Bersemangat di UM. Banyak buku yang saya temukan. Gembira dan sangat suka dengan keadaan ini! Semasa darmawisata pulang pada sebelah petang, kami menaiki Komuter. Ya, Ke bandar KL. Hari keempat, kami  ke UM lagi. Tapi kali ini ke PPZ UM ( perpustakaan peringatan Zaba, UM). Disini banyak ditempatkan kertas projek yang ditulis oleh pelajar. ya buku yang banyak juga. Tapi di PPZ ini agak ketat! Peminjamannya adalah kena mengisi borang dan pada satu-satu masa hanya satu buku atau prosiding atau tesis sahaj yang boleh dirujuk, bagi rujukan buku lain kena isi borang yang lain!! Ahhh. Leceh! Ketat dan menyusahkan. Tidak mesra pelanggan seperti UKM. Saya senang di UKM. Budaya.ilmu hebat! Ya, dari satu aspek bagus kerana menjaga koleksi agar terpelihara dan tidak hilang. Ya, UM memang hebat! Benar dari apa yang kita dengar. Hebat! Universiti lama! Ulung dan penyelidikannya terbaik! Saya? InsyaAllah, juga ingin ke arah itu. Doakn saya!

Tengahari menjelma. Ya, ingin balik ke TM. Saya menggukan pengangkutan bertrek lagi. Kali ini bagaimana untuk ke KL sentral dari UM?? Saya dan luqman kepeningan. Saya mula blurr! Haiish.. kami cuba. Untuk membeli tiket, terpaksa beratur panjang! Makanya terpaksalah beli di mesin. Ya ini kali pertama membeli tiket di mesin. Arahannya, masukkan duit kemudian tekan dan tekan. Ya saya tekan. Dan tidak semena mena, tiket itu keluar meluncur laju mengikut arah celah kangkang saya! Ramai melihat! Inilah buta mesin! Kali pertama membeli! Tergelak sakan saya dan sahabat! Ya terus ke terminal Bas pudu. Pilihan kami adalah BAS SKS. Bas ini akan terus menuju ke teratak kami! Ya sesamai saya di pudu, agak kepeningan lagi. Dimana mahu beli tiket!! Terminal bas pudu yang dahulunya using kini bertukar wajah! Sangat hebat. Pengalaman pertama berada di terminal bas seperti berada di Terminal kapal terbang! Hebat! Semuanya komputer! Masa berlepas dan  segala macam! Segalanya berubah!  Kami menaiki bas ke TM dan tidur selenanya di dalam bas. Sangat lena! Letih mencari bahan! Hingga lah sampai ke TM. 4 hari meninggalkan TM. Balik ke KUO dan meneruskan aktiviti yang sedia ada! Mengemas dan membasuh baju yang berkurun lama saya tinggalkan di ceruk almari! Wah, sungguh saya tidak sempat! Kesibukan yang nyata! Ke rumah Dr Mazdi sebentar sambil mencari barang di Bilion. Ada sedikit ole2 saya bawa kan kepada beliau! Pada sebelah malam pula, bersiap-siap untuk hari esok. Berjumpa dengan penyelia, Dr Mazdi bagi arahan seterusnya!

P/S: pengalaman! Tiada siapa yang boleh beli dari saya. Cukup bernilai!

Ya, kenangan itu! Akan saya ingat!

Menginap di rumah sabahat handai seberapa malam. Kemudian bertolak ke negeri tapah! Tempat dimana saya menatar ilmu kehidupan. Belajar mencari ilmu keguruan di SEMESTA. Kini masih terkenang! Ada beberapa ole-ole yang saya bawakan dari rantau panjang ke TAPAH. Untuk orang-orang tapah. Saya menghantar SMS kepada Ustazah norhanan dan Tuan Pengatua, Bonda Halimatun! Ini berjumpa seketika. Ada bingkisan yang ingin saya sampaikan. Wisata saya ke rumah bonda. Tiada apa yang berubah! Berjumpa dengan bonda dan memberikan ole-ole dari Rantau Panjang. Menerima dengan adanya! Terima kasih! Itu sahaja yang dapat saya berikan! Pemberian orang miskin-miskin! Kemudian pad sebelah petangnya pula, ke rumah Ustazah Norhanan. Juga saya sampaikan ole-ole dari anak miskin ini! Tiada apa yang dapat saya berikan! Itu sahaja! Bermesra dengan anis dan Cik Ann, anak-anak kecil yang manja! Rindu pada mereka!  


Pagi keesokannya, setelah malam berlalu, saya dan sahabat baik, saudara Luqman mengatur langkah untuk Chek Out dari kuartes. Ya, saya menguruskan soal dokumentasi Eletrik dan Air, dan Luqman menyewa kereta di tanjung Malim ke tapah untuk angkut barang yang saya kira amat banyak! Ya kami selesa berkerja bersama! Alhamdulillah, barang-barang sempat dipndahkan. Pada sebelah malanya pula, sahabat saya kepingin untuk berjumpa dengan ustazah. Saya dibawanya saya kesana sekali lagi dan tanpa diduga, kami diajak ke Kampar oleh bonda halimatun! Menerima panggilan dari beliau. Maka saya berdiakusi dengan sahabat saya, “bagaimana ya!?” maka kami putuskan untuk pergi ke Kampar! Sebelumnya, ada juga ustazah mempelawa kami makan di pecan kecil Tapah. Makanya, ustazah pun diheret sama ke Kampar! Kami makan besar malam itu. Dengan badan yang amat letih, mengangkut barang dari Tapah ke TM, berpatah arang jua! Tapi kami gagahi dek semangat dan jasa yang dicurahkan! Alhamdulillah. Makan yang sedap. Cukuplah bagi kami orang-oran bujang. Jam biologi saya pun pada waktu itu menunjukkan reaksi yang positif. Serius, saya mengantuk! Ya,kami bergegas pulang dari Kampar ke TM pada malam itu jua. Saya tinggalkan beberapa pesanan kepada anak-anak didik saya,  afiq, meyna, atip, qilah dan dua orang si budak manja, anis dan cik ann! Huhu rindu mereka. Sampai di TM tepat jam 1 pagi. Badan yang amat letih! Barang-barang yang ada di dalam kereta  sarat! Tidak larat untuk kami angkut semuanya. Maka saya dan luqman buat keputusan untuk ‘BUNGKANG’ secukupnya!. Ya subuh pun entah kemana! Keletihan yang amat!  Berpagi-pagi lagi mengangkut barang. Kerata terpaksa dihantar pada empunya tuan! Ya lelah jua! Seisi hari mengemas barang dan ke pekan membeli barang keperluan harian! Teringat semasa belajar dahulu kala (kini pun sedang dan akan belajar juga!). Pekan TM tidak berubah walaupun sudah lama saya tinggalkan. Cukup nostalgik! J



P/S: makan free. Memang kenyang! hahaha

“Ya, disini wisata saya. Sayalah pekerja kilang itu duhai saudari”!

Maka berlalulah anak muda ini mambeli tiket ke tanjung malim pada 3 jun. ke Tm pada 4 jun. Banyak yang bermain di kotak fikiran semasa darmawisata! Ya pastinya hal-hal di rumah dan keadaan ayah yang kini sakit. Sudat menjadi adat, makin tua enjinya makin meragam kalau tidak dijaga dengan baik!.  Adinda aduka kesuma menghantar saya ke pasir mas untuk menaiki bas pada sebalah malamnya. Sesampai  saya  di TM, ada anak gadis bertanyakan kepada saya ‘ saudara berkerja dikilang proton ya??’ makanya saya menjawab, “ ya, sayalah pekerja dikialng proton itu’. Maka berlalulah anak gadis itu dengan keadaan yang sinis memandang saya seperti banyak yang tidak kena! Maklumlah, keadaan beg yang banyak, (pada waktu itu ada lima buah beg!) dan keadaan rambut yang panjang dan kumis yang tidak bercukur! Serabai! Maka dikatakan saya sebagai pekerja kilang! Saya redha!. Kemudian, berlalu anak gadis ini tadi dan setibanya saya di teratak tinggi, maka sekali lagi anak gadis ini menegur saya dengan ayat “ ehh..bukanlah saudara ini pekerja dikilang proton?? Kenapa disini wisatanya!’ maka lanta saya menjawab “ owh saudari, saya berkerja disini pula” saya menambah, mencari ilmu itu perlu lah merata duhai saudari! Ilmu itu ada di mana-mana! Maka berpergianlah anak dara tdai dengan kata yang malu! Saya ceriterakan kisah ini pada sahabat handai, mereka tergelak. Katanya, yang berada dikampus ini sekarang anak-anak diploma PAKK (pendidikan Awal kanak-kanak). Memang dasar budak! Beradablah bila bertanya! Fikir dan zikir!


P/S : Biar kelihatan bebal asal ilmu didada hebat!

Tanggungjawab itu! Hebat bagi yang mampu!

Sudah lama tidak mencoret di laman ini. Sedikit kesibukan dengan hal-hal dunia. Yang pasti, hati dan mulut sentiasa menyebut  ‘blog dah bersarang agaknya, bila mahu tambah entri nih’!! gusar hati. Agak kekok juga ya bila mahu mula semula menulis dalam lapangan ini. Kini say adi tanjung malim bandar ilmu tempat saya belajar sudah sekian lama. Kini sekembalinya dari kampong halaman tercinta, makanya saya datang lagi ke Tg Malim membawa harapan yang baru! Harapan yang sudah lama saya idamkan. Saya tinggalkan bapa dan ibu di rumah seketika, tinggalkan tanggungjawab kepada adik-adik untuk digalas agar kelangsungan kehidupan dapat dirasai oleh smeua pihak. Daya ditanjung malim sejak 6 hari bulan 6 lagi. Ya kini menyewa di KUO (kolej Ungku Omar) sebagai penyewa tetap sehingga posting (penempatan guru). bermula kisah apabila ingin datang ke Tanjung Malim (TM) awal, pada 1 hari bulan 6. Dek keadaan bapa yang sakit dan keadaan ibu yang agak ‘terhencut-hencut” langkahnya, saya batalkan niat untuk ke TM. Pada masa yang sama, janji temu bersama Doktor perubatan bagi ayah saya belum lagi habis. Tiada orang yang boleh diharapkan selain menunggu adik kesayangan meluangkan masa. Ya, kini tangungjawab itu saya galaskan pada beliau. Saya tinggalkan beliau (adik saya) dengan segalas harapan yang pastinya wajib lunaskan. Dengan keadaan rumah yang masih lagi diubahsuai, hujan yang turun tidak mengira waktu dengan airnya yang mepimpah masuk ke dalam rumah, itulah beberapa kekangan yang terpaksa saya tempuhi ketika berada di rumah. Perit, tapi cukup mengajar erti sebuah kehidupan yang pastinya memberikan pengajaran yang hakiki!! Banyak yang saya fikirkan sebelum datang! Kini kembali lega. Tanggungjawab itu berjaya ia lunaskan! Alhamdulillah. :)




P/S:  ikhlaskan niat. Anda akan beroleh pahala kelak! Tidak salah berbudi pada ayah dan bonda!