Pages

Monday, December 27, 2010

Pagi yang hening, Saya dan ikan Tongkol.

Pagi ini mama tidak berkerja. Semakin tua semakin banyak cutinya pula!! Agaknya, sudah ‘kebosanan’ kerana hampir setiap hari melakukan kerja yang sama di hospital. Saya pula bangun agak lambat dan ianya ternyata sangat lambat bangkit hari ini. Saya tersedar pada jam 8 pagi dan mengerjakan subuh kala waktu ini jua!! Ini dinamakan subuh gajah. Mama dengan penuh gigih dan sedaya upaya membangunkan saya tetapi setiap percubaannya gagal. Oh..tidur diwaktu pagi sangat nyama, kala hujan yang sedikit renyai membasahi setiap regolit tanah membuatkan saya tidak sempat terbagun untuk mengerjakan subuh pada waktu yang sepatutnya! Bangun dan mandi. Sungguh sejuk. Bersarapan secara berjemaah dengan usrati di pagi hari sangat menggembirakan. Mama menyediakan sedikit pulut dengan inti kelapa (pulut gaul nyor!!) dan ini yang kami sekeluarga santap. Sangat mengenyangkan.

Dengan secara tiba-tiba mama bertitah…’emm…pagi ni abe tolong beli ikan kat Rantau Panjang. Ike tak dok ni nak make tengah hari nanti’ mama berkata. Saya respon, ‘ohh…tak jadi hal. Bereh. Terdetik didalam hati, pandaikah aku membeli ikan??? Aduusss…ini merupakan lkali pertama saya diarahkan supaya membeli ikan di pekan Rantau Panjang. Ahh amat bimbang dan sedikit gusar. Mana tidaknya, saya tidak kenal nama-nama ikan malah tidak tahu ikan apa yang mama sebutkan tadi. Ini sudah pasti akan membuatkan saya gaak malu bila ke kedai membeli ikan. Tambahan dikedai ramai gadis-gadis rupawan melilau, agak malu untuk bertanya ’errmm…mok cik…ni ikan  gapo ea?’. Aduss bermacam-macam yang saya fikirkan bila mana disuruh membeli ikan dikedai. Sebelum ini, semua barang-barang dapur diuruskan oleh mama. Saya hanya makan sahaja!! Ini lah bahana bila jejaka terpaksa ke kedai membeli ikan.

Sampai di kedai ikan. Ramai mak cik dan mak datin serta anak-anak gadia yang berkeliaran disekitar kawasan kedai. Ahh….apa yang aku perlu buat ni..’momel  sendirian dalam hati..saya melangkah gagah masuk ke dalam kedai. Terlampau banyak ikan yang diletakkan di dalam bekas yang berisi ketulan  ais. Mata ikan masih lagi putih. Segar. Kalau digulai ni sodap jua!! ‘ Dik, nak beli ike gapo? Tanya seorang makcik kepada saya. Aduss saya tersenyum, lalu memeri respon…bunyi nya begini…’ermmm mok cik, ambo nak beli ike ayo (ikan tongkol) sekor, jadi hok mano so ea ike ayo ni? PErtanyaan saya ini sebenarnya diperhatikan oleh segelintir makcik-makcik yang berada disekitar berdekatan dengan saya. ‘ La….awe tok kenal ko ike ayo hok mano? Aii awe ni gak..nok bini guano nih!! Ike ayo pun tak kenal weii.. Kata makcik yang sedikit kecoh lagaknya. Hampir seisi kedai mentertawakan saya. Seriusly, saya amat malu!! Tergelak jua sendirian dalam hati. Apakah betul aku nih? Ahh..banyak lagi ikan yang perlu dibeli. Aduuss…macam mana ya nak kenal ikan-ikan yang disebutkan tadi. Saya gelap mata. Hampir semua spiesis ikan yang ada didalam kedai tersebut saya tidak tahu yang mana satu yang dikirim oleh mama. Anak-anak gadis yang berada disekitar jua seperti mentertawakan saya sahaja. sAya sorang sahaja lelaki di kedai tersebut!! Aduuss….lalu saya menyapa seorang lagi makcik dan berkata ‘ermm nok satu jenis lagi ike ni..ikan selayang dan kembong’. Tuan kedai yang agak sibuk menyatakan’ smeta lagi deh, nk siap order mok cik ni dulu’ | Ya. Saya sedang menunggu. Adusss begitu lama saya menunggu dan akhirnya tuan kedai menyelamatkan saya dengan berkata’ nok  ike gapo doh td dik? Saya pun menjawab ‘ ermm ikan selayang dengan kembong. Bagi setengah kilo deh’. Anak perempuannya tersenyum lebar dan berkata’ Aii cikgu, ike ayo pun tak kenal  ko??’ dan bergelak sakan. Barangkali  menyindir saya yang tidak pandai membeli ikan  kot!! Saya membayar dengan kadar RM 12.00 bagi kesemua jenis ikan tersebut. Saya berlalu dan meninggalkan kedai tersebut. Terasa malu yang amat bila disuruh membeli ikan yang saya sendiri pun entah betul atau tidak apa yang saya beli!! Apa pun, pelajaran yang harus dipelajari : Selalu lah masuk ke dapur. Pastikan, nama-nama ikan akan dapat diingat agar senang dikemudian hari. Belajar siang ikan juga adalah perlu!!



Inilah wajah rupawan ikan Tongkol yang saya maksudkan. Cukup nostalgia!!




Saya berkata : kalau ikan pun tak kenal manakan pula nak siang ikan!! Ini lah natijahnya bila tahu makan sahaja. J

Saya redha kalau itu rezeki pemberianNYA!!.


Berpagi-pagi lagi ke Kota Bharu, selepas menjalankan rutin harian, saya dan adik bongsu, siti bergegas ke bandar KB-BRI (sinkof kepada Bandar Raya Islam) untuk membeli kelengkapan sekolah yang bakal bermula kurang daripada seminggu sahaja lagi. Terdetik untuk membeli berita harian sebagai santapan minda kala pagi. Sehelai demi sehelai, dibelek dan diteliti setiap konten maka saya ada terbaca iklan yang tawaran biasiswa.  Biasiswa yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan (sarjana dan kedoktoran).  Tawaran biasiswa yang ditaja ini adalah bagi para graduan yang sedang menganggur dan tidak mempunyai perkerjaan. Hati mula merasakan menyesal dan alangkah ruginya saya menerima pelawaan biasiswa tajaan  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di peringkat sarjana muda. Saya terikat dengan KPM selama 5 tahun. Saya mula terfikir jika mengambil tajaan KPT, ia merupakan platform yang sangat mudah untuk saya melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan P.hD tanpa perlu mengeluarkan duit poket sendiri!!. 

Pada sesiapa pun kalau ditaja, siapa yang tidak mahu bukan???! Bila di fikir kembali, memandangkan saya sudah diikat oleh KPM, maka saya tidak layak untuk menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pelajaran saya. Bila mana membaca syarat-syarat umum pun saya sudah tidak layak!!..ahh alangkah ruginya terima KPM hari tu..’kata hati yang sedang kecewa’ Hati ini mula berkecamuk dan serba salah. Pelbagai perasaan melanda. Perasaan kecewa pun ada!! Ah..alangkah sangat tidak bersyukur saya tatkala itu.  Apa pun saya redha jika ini merupakan rezeki saya. Memujuk hati yang sedikit terkilan. Cuba sedaya upaya untuk  positif.  Saya amat berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat master dan P.hD. Saya sudah mula merancang perjalanan hidup untuk menghabiskan tatatingkat pengajian ditahap yang tertinggi. Selalu berangan-angan pada umur 30 sudah bergelar Dr Amar Al-Bakhtiar (aminn..doakan saya ya!!). Ada rakan menegur saya, ‘amar, awak betul-betul nekad untuk sambung belajar?’. Persoalan yang diutarakan seolah-olah sambung belajar itu barangkali seperti mahu berperang digaza agaknya! Tuntas saya menjawab ‘ya, saya nekad. Walaupun terikat, saya tetap mahukan juga’!. Dari alam pekerjaan dan berkongsi masa untuk menelaah makalah dan jurnal untuk dibahaskan dalam disertasi bukanlah suatu perkara mudah. Memerlukan seratus peratus komitmen yang jitu agar semangat untuk menghabiskan pengajian terus membara. Saya nukilkan disini, kerangka teori perjalanan akademik  yang telah saya murni kan.

teori perjalanan akademik

2007-------Pengajian Sarjana Muda pendidikan (Geografi)---------------------2011 (Julai;dijangka bergraduat)

Mei/Jun/Julai 2011--------Berdaftar sebagai calon Sarjana Geografi------------2013 (Julai;dijangka bergraduat jika berjaya menyiapkan disertasi dengan cemerlang)

Jan 2014------Berdafatar sebagai calon P.hD-----------------------------------2017 (dijangka bergraduat dengan gelaran Dr, InsyaAllah)

Kerangka Umur

2011-umur saya adalah 24 (B.Ed (Geography) UPSI
2013-umur saya adalah 26 (M.A (Transportation Geography) UPSI
2018-umur saya adalah 30 (Dr Amar Al-Bakhtiar) aminnn!! P.hd (Transportation Geography) UKM/UM


Apa pun, ini merupakan perjalanan yang saya rancangkan. Kita hanya mampu merancang, Allah saja yang berhak menentukan. Apa yang direncanakan ini adalah hasil daripada angan-angan yang pada mulanya sekadar berkhayal kosong. Maka saya titipkan kerangka ini ke dalam blog ini dengan harapan agar saya selalu membacanya dan tidak tersasar daripada landasan yang sebenarnya. Setengah pendapat berkata,’ alah…kalau duk sekolah, ada master ke..P.hd ke apa guna, gaji tak naik jugak!’. Kalau inilah yang dipandang, diri kita tidak akan maju. Bangsa yang berintelek adalah bangsa yang mempunyai domain kognitif yang tinggi. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang berilmu. Semoga keinginan ini akan senantiasa bersemangat. Gigih dalam menatar ilmu kesenangan di hari muka. Insya Allah.


P/s : Haruslah sentiasa gigih!! dan redha kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat umatnya!!

Saturday, December 25, 2010

Top Up 10!!


Hampir sehari suntuk saya ke Kota Bharu semalam. Disamping menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai ‘Sura Rumah Sepenuh Masa’, tugas menjadi pemandu setia kepada bonda terchenta juga menjadi agenda utama. Berpagi-pagi lagi saya bangun dan mencapai tuala untuk mandi pada jam 6 pagi lalu bergeas ke Kunag Kerian melunaskan tanggungjawab. Saya gembira dengan tugas ini apalagu dapat berkhidmat kepada bonda terchenta. Sudah tua dimamah usia binda saya!! Sekadar menghantar dan mengambil bonda tidak mampu untuk membalas jasa ibu. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu!! Berkat hidup pada memberi. Saya yakin, taat pada ibu dan bapa akan membawa kepada keberkatan hidup!! Saya meninggalkan abah yang agak ‘keletihan’ disebabkan diebetis. Sepatah bercakap dengan abah diwaktu subuh, saya berkata ‘abah, amar tidak ada dirumah sepanjang hari ini. Mungkin balik petang sekali dengan amik ma’. Abah mengangguk mengiyakan premis saya. Saya ingatkan adik-adik, Siti dan Amer supaya tengok-tengokkan abah. Perjalanan diteruskan ke Kubang Kerian. Pagi-pagi lagi saya sudah bercakap fasal-fasal masa depan dengan bonda. Sudah menjadi habit barangkali!!

 Berpagi-pagi lagi sampai di HUSM!! Tiada orang pun dijalan raya!! maklumlah, hari sabtu, Kelantan bercuti. Tugas seorang jururawat bukan mengira masa dan hari. ONCALL memanjang. Saya ke kedai Top Up untuk memasukkan tambah nilai. Datang seorang gadis. Agak rupawan. Tidak memakai penutup kepala. Rambut seolah-olah seperti disimbah cat kuning!! Aargh..anak muda ini agak ranggi dressingnya!! Berkata anak gadis itu kapada tuan empunya kedai, Top Up sepuluh!! Dengan nada yang amat nyaring dan kuat. Gaya mimik muka yang amat kurang sopan. Bercakap bagaikan dialah raja disitu. Saya memerhati dari tepi. Errrmm….masuk terus ah..013…bla…bla…bla….Empunya kedai menegur anak gadis ini, pastikan balik itu nombor awak, nanti salah pula. Anak gadi menjawab ‘arggh…tak pa, tak masuk, top up lagi, apa la susah!!. Lalu anak gadis  ini berlalu meninggalkan kedai. Argh..kurang ajar budak ini, menengking bagaikan tiada orang di hospital ini!! Saya terkesima melihat perbuatan anak gadis ini. Rupawan (agak la kot), tapi kurang ajar!!. Saya berkata kepada empunya kedai, ‘tak apa encik, budak baru nak besar. Tidak mengerti apa-apa lagi. Kurang didikan kesopanan menjadikan dia begitu. Sabar encik ya!!’ menenangkan empunyai kedai yang agak marah degan perbuatan anak gadis itu.
Kad top up ini dipolitikkan hingga hilang rasa hormat. Inilah anak bangsa mu!!


Situasi ini biasa berlaku. Agak sudah terbiasa kala kiamat sudah dekat! Saya doakan agar anak gadis tersebut mendapat hidayah. Tuntasnya, apa yang dipertontonkan diluar adalah merupakan didikan dirumah. Kalau dengan orang lain sudah begitu, apalagi kalau dengan ibu sendiri!

Friday, December 24, 2010

Sarjana itu

Sudah habis berijazah, mahu bersarjana pula. Ah...soal hati mengomel sendirian. Bersarjana memperlihatkan tatatingkat seseorang dlaam ikhtisas pendidikan. Setelah habis bersarjana berdoktor falsafah pula!! lama sungguh sistem pengajian ini ya!! Untuk melengkapkan pengajian ini memakan masa selama 10 hingga ke 12 tahun. belajar bukanlah suatu yang mudah. Adakala calon sering memperlihatkan tanda puas dan katanya ' boringla belajar abang'. Natijahnya, masa hadapan akan suram. Dunia hari ini, sudah berijazah mahukan yang tinggi lagi. Sesuai dengan falsafah manusia, manusia tidak pernah puas dengan aap yang dimiliknya. Oh...bila tamat nanti, saya mahu sambung lagi pengajian sarjana, kalau ada rezeki la..' ada pula yang meyatakan 'ahh boringla belajar, mahu kerja pula!! aduh. Manusia yang sering sahaja tidak pernha puas dengan apa yang dimilikinya. Apapun, belajr pada tatatingkat yang lebih tinggi akan memperlihatkan seseorang manusia itu bijak dalam setiap tuturnya. Berbeza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu itu!! 


Pernah suatu ketika dahulu saya berbicara dengan seorang profesor emeritus. Gaya dan lagaknya becakap bagaikan formal.Setiap tuturkatanya sangat hebat. Beliau berkata, menyambung sarjana buat apa? Ingin menjadi pensyarah atau menambah ilmu wahai anak muda??! saya terkesima dengan premis tersebut. Sampai ke hari ini saya masih lagi terbayang kata-katanya yang penuh makna. Sekadar memakai mortar dan bonnet buat apa kalau tidak dapat menabur bakti pada massa. Belajarlah, demi  memandaikan anak bangsa mu!!


P.hD Bonnet? Pandaikan anak bangsa mu!!




Anak saya tidak sepandai anak Tuan!!

      Saya bukanlah seorang yang pandai. Senantiasa mengimpikan untuk  ke menara gading sepertimana sepupu-sepupu yang lain. Semuanya hebat. Bila pulang ke kampung, makanya masing-masing membicarakan fasal kejayaan dan kehebatan berkognitif. Adakalnya terbit rasa malu yang amat bila kita merasakan tersisih. Kala umur yang setahun jagung ini, sememangnya kala waktu yang kritikal. Keinginan untuk belajar dan terus belajar membuak-buak. Barangkali itu sudah rezeki mereka!! 'anak saya ini belajar pandai, sedang melanjutkan pelajaran di Universiti' kata seorang tua semasa menyapa dikedai. 'Anak saya dapat 10A1 dalam SPM manakala abangnya pula 4.0 dalam STPM, InsyaAllah..semuanya nanti masuk U belaka'. Bangga seorang bapa menyanjungi seorang anak yang berjaya ke menara gading. 


Harapan jua menjulang tunggi, dapat menjaganya kelak nanti. Momelan si tua ini senatisa kedengaran, berbual kejayaan anak-anak yang berkaya dalam hidup menjadi orang yang berguna. Dialog-dialog kedengaran....Oh..anak saya ini dapat tajaan belajar keluar negara, lagi setahun habis ijazah perubatan dan balik ke Malaya untuk menabur bakti kepada massa. Adakalanya saya melihat daripada sudut legasi. Legasi yang baik dan cemerlang akan melahirkan anak-anak yang cemerlang. Bagaimana pula kisah anak  seorang penoreh getah berjaya menjadi pengamal perubatan ataupun pengamal undang-undang. Kadang-kadang teori ini disangkal. Makanya berbaliklah kepada usaha dan ikhtiar kita. 

Pada saya, harga sebuah 'mortar' dan 'bonnet' pada hari isriadat konvokesyen adalah segala-galanya. Melihat anak-anak memakai jubah bertatahkan songket dan bertopi petak atau bulat sudah cukup membuatkan pada orang tua bangga dengan kejayaan anak. Kemudian balik ke kampung, bergegar meja kedai kopi bercerita kejayaan anak-anak!! bangga dengan kejayaan!!



Doakan saya!! teringin untuk memakai topi ini. Bercita-cita juga untuk memakai Bonnet!! aminn.


Tuesday, December 21, 2010

Syukur atas pemberianNYA!!


Hujan yang membasahi segenap atmosfera bumi cik siti wan kembang yang sudah berlarutan beberapa hari  menyebabkan saya terfikir akan kehebatan Allah menurunkan hujan supaya keseimbangan ekologi bumi ini dalam keadaan yang baik. Menerobos pada segenap segi  kurniaan Allah ini, adanya saya amat bersyukur karena diberikan peluang olehNYA untuk merasai senegap pemberianNYA yang tidak berhingga. Adakalanya terfikir bagaimana jike nikmat yang dikurniakan ini di tarik balik? Adapun manusia akan mudah memberontak tatkala kemahuan disekat.  Hari ini narrator amat sangat bersyukur karena kemahuannya Berjaya dilunaskan dengan IZINNYA. Alhamdulillah!! Saya bersyukur.

Amar Bakhtiar
Rantau Panjang- 21/2/2010.

Parti Baru Bermula

Saya bukanlah seorang yang sofistikated dalam teknologi. Biarpun dunia sudah lama bicara fasal-fasal blog, makanya narator ini baru sahaja ingin berblog. Barangkali bunyi agak pelik, karena ini mungkin pertama kali bagi narator. Ramai dalam kalangan rakan-rakan mempunyai blog. Saya juga mempunyai keinginan yang sama. Jari jemari ini sudah lama gatal tangan untuk menulis. Minat menulis terbit tatkala berada di menara gading. Agak lewat!!. Mengasuh etos dalam menulis adalah amat sukar. Apa lagi mahu mengasah minda untuk menulis bahan ilmiah yang sudah pastinya sedikit membosankan. Kalimah “menurut” “merujuk” dan segala apa lagi dan ini sudah pasti akan membuatkan para pembaca menjadi loya dengan apa yang dihuraikan dalam makalah atau  artikel yang dibaca. Sudah menjadi adat, menatar ilmu memerlukan suatu pengorbanan yang jitu. Saya alu-alukan kepada yang membaca coretan ini, mohon komentar dari anda. Tiada apa yang bernilai melainkan dapat memperbaiki diri menjadi insan yang kamil.

Sekian.

Amar Bakhtiar
Rantau Panjang.