Pages

Monday, July 25, 2011

Raikanlah; Apa adanya. Saya bersyukur.

Lama sudah saya tidak mencoret. Kesibukan!

Tanggal 27 Julai 2011, esok adalah hari konvokesyen saya. Hati melonjak girang. Girang kerana bakal memakai jubah dan mortar di kepala. Lambang pakaian akademik bagi pelajar-pelajar yang bakal bergraduat. InsyaAllah, bakal memakai jubah yang lagi berbaki dua kali. Jika ini diizinkan oleh NYA. Pada konvo kali ini, saya sedikit merasa kosong. Kosong mungkin sebab memikirkan gaji yang tidak kunjung tiba. Agak terbatas bila ingin berbelanja. Biarlah. Adalah rezeki saya nanti. Menantikan busana baharu untuk berkonvo mungkin tidak lagi. Saya  memakai apa adanya pada hari besok. Biarlah tidak berbaju baru sekalipun, apa yang penting hari konvokesyen wajib diraikan. Berkata seorang pensyarah saya ‘ Raikanlah hari itu. Belajar menghargai apa yang ada’. Saya mendengar dan mengambil iktibar.  Ada juga yang ingin memberikan bantuan membeli baju, saya menolak kerana biarlah baju yang saya beli itu adalah titik teluh dengan duit saya kerja. Walau  apapun perasaan. Saya tetap dengan wajah ini. Senantiasa ceria dan girang. Petang ini ayahanda dan bonda serta adik-adik akan sampai di bumi ilmu. Meraikan kejayaan abangnya barangkali. Kami tidak biasa ke negeri luar. Mungkin ini adalah pengalaman pertama adik-adik. Saya menelfon mereka tatkala berada dalam bas. Mereka girang dan gembira. Teruja ingin ke Majlis istiadat konvokesyen. Saya terharu. Lalu berkata’ datanglah adik-adik, abang hidangkan apa yang ada sahaja, insyaAllah.’

Hari esok pasti diraikan. Meraikan dan belajar menghargai diri sendiri, penat lelah berhempas pulas selama 4 tahu demi segulung ijazah.  Hari yang diraikan oleh para-para graduan. Para konglomerat-konglomerat gambar dan bunga sibuk berniaga. Saya ada menempah juga gambar. Ketika mampu  dahulu! Biasa-biasa sahaja. Sekadar kenangan di hari konvokesyen. Bergambar bersama ahli keluarga sementara mereka masih ada. Ketika menelefon tadi, ayahanda girang. Katanya ‘Kami datang meraikan amar, kejayaan amar’. Saya terkedu. Kadang-kadang kata-kata ayah juga berbisa. Saya gelak kecil. Biasa sahaja ayahanda. Ini baharu ijazah. Biasa sahaja. Itu pun ijazah kelas kedua atas. Ramai yang dapat kelas pertama. Saya bukanlah pandai manapun. Biasa sahaja.  

Ya, pastinya esok hari untuk saya menghargai diri sendiri. Penat lelah belajar. Sungguh tidak di sangka-sangka. Saya juga mampu memiliki ijazah. Walhal saya bukanlah orang yang pandai. Cuma  sedar diri akan kelemahan dan kekurangan, senantiasa ingin lebih daripada orang dan berusaha untuk mendapatkannya. IsnyaAllah, untuk konvo sarjana nanti. Saya akan dapatkan juga baju baharu. Untuk saya kenakan dengan jubah “dua line dan bersongket labuh kebawah”.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
P/S: Buat teman-teman sekuliah dan pernah berkerja dengan saya sewaktu dalam sesi pengajian. Tahniah. Ini adalah hari untuk kita menghargai diri sendiri. Apa adanya kita pada hari itu, itu lah kita. Menantikan raut wajah ayahanda, bonda dan adik-adik. Cukuplah sekadar mereka mengembirakan hati yang sedang membujuk layu ini. Agar hari esok lebih tenang dan damai. IsnyaAllah.

Amar
Bumi Ilmu
Tanjong Malim
26 Julai 2011
Pejabat.

Thursday, July 14, 2011

Antara Keringat Dan Perjuangan. Sebetulnya Mengajar Erti Kehidupan.


Membujuk lara hati..

bujuklah!!

Alhamdulillah. Ucap bibir ini tatkala selesai makan malam. Malam ini saya dan sabahat, makan seperti biasa. Mungkin orang lain tidak biasa dengan cara kami berdua. Mungkin pada masa ini ramai yang berada di kedai-kedai mewah, makan makanan yang segar dan panas-panas. Saya dan sahabat sudah terbiasa begini. Sudah 4 tahun kami bersama menyelesaikan perjuangan di peringkat ijazah, apa yang kami makan tengahari, pada sebelah malamnya juga makanan yang sama juga kami santap. Bila mana saya bercerita (apabila ada yang berTanya), sesetengah orang berkata ‘eh..tak basi ke mar??’. ada juga yang berkata ‘eeee tok leh kawe, sejuk!’. Berkata seorang sahabat. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah mengangguk sahaja dan senyum (dengan niat supaya orang itu gembira). Tadi bila saya mula menjamah makanan yang ada, saya tidak mampu untuk menghabiskan makanan yang ada. Bukan tidak sedap, tapi tidak tahu entah kenapa.  Setiap hari makanan yang saya makan semuanya sedap walau dipandangan mata orang yang tidak biasa dianggap pelik. Mungkin saya banyak fikir. Perlu rehatkan  minda barangkali.Dan benak saya hanya berkata ‘ amar, ini perlu dijurnalkan dalam diari kehidupan’. Ikan yang di goreng tetapi sejuk. Dan ini lah makanan yang kami santap. Dengan perasaan yang lapar, maka makan sahajalah.Tidak kiralah apa yang orang kata, inilah saya. Mahu atau tidak. Beginilah saya. Demi untuk mendapatkan ijazah yang kedua saya sanggup lakukan apa sahaja. Betul, mahu menyambung pengajian perlu kan duit yang cukup. Perlukan kepada perbelanjaan yang besar. Ini mungkin payah untuk saya sediakan. Berkat menyimpan, ada lah duit untuk berbelanja disini dan membayar  yuran pengajian di sokong dengan duit gaji yang bakal diperoleh.  Pagi pergi berkerja, minum pagi berbekalkan teh o panas di mamak dan pada sebelah tengaharinya  saya bergilir-gilir beli makanan dengan sahabat saya. dan sebelah malamnya pula, makanan tengah hari tadilah makanan saya. saya sudah selesa begini. Bukan mudah untuk berjaya kan? Semuanya perlu berkorban. Masa, tenaga dan keewangan. Makin hari wang makin surut. Gaji yang entah bila kunjung tiba. Keperluan makin menuntut. Saya yakin, rezeki semua di tangan Allah. Apa yang pasti, nasi, ikan goreng  sejuk, kuah gulai tengahri  dan sambal adalah rencah kehidupan saya. Biarlah apa orang mahu kata. Saya sudah selesa begini. Mungkin mereka anak orang-orang kaya. Tidak  makan seperti saya. Biarlah. Mereka kaya dengan harta keluarga dan ayah mereka. Biarlah. Inilah bujukan hati. Agar hati ini kekal tabah untuk harungi segalanya. InsyaAllah. Saya mesti tabah. Semua ini ujian segalanya. Saya yakin, ALLAh tidak pernah zalimi umatnya. Ada rezeki  yang terselit.  Tabahlah! Ada orang lain yang lebih susah!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/s: saya teringat pada pinggan nasi dan lauk yang saya gunakan tadi. Adakah ia akan saya gunakan lagi 5 tahun lagi? Pastinya tidak. Mungkin zaman berubah. InsyaAllah, sudah berkerjaya pada waktu itu. Tapi adakah orang yang memahami erti kegetiran belajar yang memerlukan pengorbanan yang mutak? Anak-anak saya nanti mungkin tidak begini. Mungkin mereka lebih senang. Harapannya begitulah. Moga-moga ini lebih mengajar erti ketabahan. InsyaAllah.


Saya tidak mohon simpati, sekadar meluahkan rasa yang terbuku. Mencoret rasa. Membujuk lara.

Amar
Tanjong Malim
KUO.

Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah. Penyelia kedua sudah ada!

Petang tadi (tatkala saya menulis entri ini pada pukul 12.44 pagi, terbangun akibat laptop yang tidak di tutup, tertidur!)saya membukan capaian internet yang barang laksana sipu sedut kelajuannya. Saya menulis seketika di anjung ini. Petang tadi, semasa Dr  Mazdi ada dibilik, saya sempat juga berborak kosong dengan beliau. Ketika itu ada beberapa dokumen berkaitan permohonan kemasukan sarjana bagi yang memohon sarjana geografi di jabatan. Selalu Ketua Jabatan, Dr mazdi menggalas tanggung jawab. Saya di berikan pilihan, untuk memilih penyelia yang kedua. Saya di beri pilihan. Hati dan benak ini mula bingung untuk memilih. Saya katakan, atas kuasa Dr lah yang memilih, saya ikutkan sahaja. Bulat lah Dr maka bulat lah saya. Dr M menghubungi Prof Dr Azizi Muda, Dekan FSK. dan meminta untuk beliau menjadi penyelia kedua bagi penyelidikan Sarjana saya. Alhamdulillah. Prof Dr Azizi menerima dengan penuh rasa tanggungjawab. ‘katanya boleh saja!’. Alhamdulillah. Bertapa girangnya hati ini. Orangnya agak berbahasa juga. Boleh lah. Saya tidak pernah berada di bawah seliaan beliau semasa sarjana muda. Moga-moga ini merupakan petunjuk dan jalan yang  yang baik bagi saya. Sungguh hati ini sangat gembira!Syukur pada MU ya Rabbi! J

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S: saya akan mendaftar pada 12/9/2011. Tatkala ini juga akan mengambil kad matri kali yang kedua. Alhamdulillah! Penyelia juga orang yang senang-senang berbahasa. Saya balik dengan hati yang girang dan mulut tidak sudah-sudah ‘sengeh’ seorang diri!!

Mata saya sudah layu. Mulanya ingin menulis sekelumit rasa sahaja. Ini sudah pun rasa mahu melalut. Saya mahu tidur. Esoknya kerja!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Amar
Tanjong Malim,Perak
KUO

Monday, July 11, 2011

Kuras itu!

Alhamdulillah, pagi ini seperti biasa. Seperti mana hari-hari yang dilalui sebelumnya. Tuasan orang berkerja. Sungguh teratur. Bangkit dari lena yang panjang, kelur untuk mencari rezeki. Pagi ini tanggal 12 JULAI 2011, hari untuk saya mabil jubah konvokesyen. Alhamdulillah. Bergraduat. $ tahu menelah di sini banyak pengalaman yang di timba,baik pengalaman berilmu atau picisan. Saya ke pejat tepat samapi jam 7.5o pagi kad pintar di swap. Keluar angka PPP340 IN. ini tandanya saya mula masuk untuk mencari rezeki . Jam 8.15, saya keluar bersama sahabat, sebelumnya telah berjanji untuk sama-sama ke kaunter jubah untuk mengambil jubah bagi istiadat 27 julai nanti. Lagi sedikit masa. Juba itu akan rasmi. Kenalan-kanalan lama muncul satu persatu. Pelbagai memori indah di ungkap. Kenalan yang datang daripada seluruh pelusuk. Baik  yang pernah mendjadi rakan satu kursus ataupun kenalan handai yang ramah bertegur. Banyak yang di kongsikan. Saya meluru ke kaunter. Ramai!! Saya ada menolong rakan-rakan yang jauh untuk ambilkan jubah bagi pihak mereka. Tolong-tolong sekadar yang mampu. Ya, ada empat beg berisi jubah. Salah satunya adalah beg saya. Jubah yang dipilih saiz S. sesuai dengan latitude saya! Hehe..lama bersembang dengan rakan-rakan. Bertanya khabar. Ramai yang sudah kahwin.dan abakl menimang anak. Subur! Saya istilahkan mereka sebagai desperate! Hehe sesetngah tarik muka masam. Mana tidaknya. Saya mengata. Hehe. Saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepada penyelia saya, Dr Mazdi. Bertanyakan tentang kunci. Katanya ada di tinggalkan kepada Cik Ila di pejabat Am. Say ake sana. Dan kunci tersebut ada. Kemudian bilamana memasuki rauang bilik (merangkap pejabat), saya ada terlihat ada kuras kecil di atas meja tempat saya berkerja. Pada mulanya kuras yang saya anggap kertas arahan kerja daripada penyelia saya. Tapi setelah diamati intipatinya, ia sebuah kuras yang berisi nasihat. Saya membacanya. Mungkin penyelia saya ada membaca blog saya kelmarin. (entri di bawah ini). Intipatiya bernas. Alhamdulillah, berkat apa yang tertulis daripada kuras kecil ini juga reda rasa seidh dan hiba. Semalaman saya membincangkan dengan sahabat saya tentang penempatan. Diaman hendak cari makan lagi.Tidak mengapalah. Rezeki ada di mana-mana. Saya terharu membaca nasihat yang di tulis. Saya anggap ini adalah nasihat daripada seorang abang. Saya meneliti setiap hujahnya. Setiap isi di berikan hujah. Saya akur dan faham apa yang tertulis. Terima Kasih Dr atas nasihat.  Nasihat ini tidak ada di padang datar! Menasihati sesame islam.Alhamdulillah. masih ada yang sudi memberikan teguran. Kuras ini akan saya simpan buat pedoman. Intipatinya,  Ada hikmah di sebalik semua kejadian! Ameeen. Semoga masa yang panjang ini akan dapat saya guna untuk siapkan penyelidikan sarjana saya! InsyaAllah. Amen.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S: Kelmarin saya agak sugul. Tidak tahu mengapa. Mungkin barang kali terpanah surat yang say abaca dari JPA. Tidak mengapalah. Rezeki ada di mana-mana. Apa yang paling penting,penyelidikan sarjana mesti siap sementara  senggang waktu yang masih ada. InsyaAllah. Tabahkanlah hati hambamu ini. Buat adik-adik, bersabarlah. InsyaAllah abang balik bawa rezeki pada kamu nanti.  J ameeen

Amar
Tanjong Malim.
12 Julai 2011.

++++++++++ 

Mungkin itu LAGI bukan rezeki saya. Saya redha. Sabarlah! ada hikmahnya!

Petang ini, saya berasa sangat sedih. Seperti biasa saya menghubungi pihak Tajaan KPM untuk memastikan surat tamat pengajian saya yang telah saya kurierkan sampai atau tidak, maka kepastian telah dibuat. Ianya sampai. Dan saya meminta Cik ZAriah yang bercakap di talian untuk sambung kan kepada Bahagian sumber Manusia (BSM)KPM untuk saya bertanya kan berkenaan status online E-GST. Saya menelefon dan bercakap degan seorang pegawai. Ya, saya bercakap degan seorang pegawai. Perempuan. Lantas saya bertanyakan  berkenaan tarikh online. Beliau menjawab, permohonan untuk perjawatan baru di bekukan. Di bekukan hingga  Ogos. Terdetak juga di hati saya ‘ kalau macam ni lambat lagi lah penempatan’. Saya mengucapkan terima kasih kepada puan yang bercakap. Ikhlas, saya sedih. Mungkin ada hikmahnya.


Berikut adalah pekeliling yang di keluarkan oleh JPA : klik lah, anda akan dapat butirannya.

P/S:  Saya agak mengharap juga. posting awal dan dapat penempatan. Tidak mengapalah, jika September ini bukan lagi rezeki saya. Saya redha.  L. Perjuangan mesti di teruskan!! Lambat lagi  posting saya belajar dulu, siapkan tesis master! SAbar!

Friday, July 8, 2011

Menganyam memori silam...Seputar kenangan sebenderang mengalun sukma. Indah!

Tajuk diatas saya petik daripada status Muka Buku saya. Kala menjemah petang, saya teringat kisah-kisah silam. Kisah-kisah yang say alewati semsati hidup ini. Kembali saya membuka cakera keras dan menatap tugasan-tugasan yang diberikan semasa belajar dahulu. Membuka  external Hardisk, melihat coretan gambar-gambar lalu. Sungguh saya terpaku. Lama juga saya termenung. Termenung akan kisah silam yang bermacam-macam variasi. Tersenyum dan tergelak seorang diri mengenangkan kisah dalam ruang minda. Seputar ruang memori indah ini menerjah ke fikiran. Suatu ketika mengayam indah segala kenangan bersama kawan-kawan, sahabat dan teman. Sedang mengingati kisah lampau yang mungkin tidak ada pada orang lain. Sunnguh saya terpana. Ya, ini mungkin sudah melalut. Saya masik di pejabat tatkala jam 8.02 malam (8/7/2011). Saya mahu pulang, rehatkan minda dan meneruskan perjuangan. Masih banyak perkara yang perlu saya selesaikan. Kata pak samad ‘dari abjad renda kata’. Cukup indah! 

P/s: melalut di malam hari. Biasalah. Bila otak sudah tepu! Heheh

Amar
Tanjong Malim,
Pejabat.

 J


Wednesday, July 6, 2011

TARGET MESTI TEPAT!! BANGGG- BANGGG- BANGGG!! BUNYI AK-47 HEHE


JADUAL PENULISAN KAJIAN . TARGET MESTI ADA!

TARIKH
PERKARA
HASIL
7 JULAI HINGGA 10 JULAI
PENULISAN KEMBALI BAB 1-TESIS SARJANA
WAJIB SIAP DALAM MASA 4 HARI TERSEBUT
11 JULAI HINGGA  17 JULAI
PENULISAN BAB 2- KAJIAN GERAN U (FRGS) + MANAMBAH KERANGKA SOALAN SOAL SELIDIK.
BAB 2 KAJIAN LITERATUR. BACA DAN ANALISIS
18 JULAI HINGGA  1 OGOS
PENULISAN BAB 2-TESIS SARJANA
BAB 2 KAJIAN LITERATUR. BACA DAN ANALISIS
2 OGOS HINGGA 7 OGOS
PENULISAN BAB 3-
GERAN U FRGS
WAJIB SIAP!
8 OGOS HINGGA 14 OGOS
PENULISAN BAB 3- TESIS SARJANA
WAJIB SIAP DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
15 OGOS
HANTAR PADA PENYELIA-MURNIKAN PENULISAN SARJANA
MURNIKAN PENULISAN
16 OGOS
HANTAR KEPADA PENYELIA-UNTUK SEMAKAN PENULISAN GERAN U FRGS (BAB 1 DUA DAN TIGA)
MURNIKAN PENULISAN
MANA-MANA TARIKH – BILA MANA SUDAH DI MURNIKAN  MAKA BOLEH TERUSKAN PROSES PENULISAN KAJIAN GERAN U FRGS. (SOAL SELIDIK DAN ANALISIS)

BAGI TESIS SARJANA, BAIKI DAN MURNIKAN LAGI SEHINGGA BETUL-BETUL PUAS HATI.

MANA-MANA TARIKH SELEPAS INI ADALAH UNTUK TUJUAN PEMURNIAN DAN ANALISIS DATA UNTU GERAN U FRGS.
PEMURNIAN






PEMURNIAN
PEMURNIAN






PEMURNIAN



INI SEKADAR JADUAL SAHAJA. INSYALLAH AKAN CUBA UNTUK TEPATINYA. JIKA DIBERIKAN NIKMAT KESIHATAN DAN KESEMPATAN, INSYAALLAH. MURNIKAN  SEBELUM PENEMPATAN! AMEENN J



DOAKAN AGAR DIBERIKAN KEKUATAN!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




P/S : MOOD kembali tenang. Saya rehda dengan apa yang terjadi. ada hikmahnya juga. Berikanlah kekuatan Ya Rabbb!! TEKANAN SAYA SUDAH REDA. ameenn J


Amar
Tanjong Malim
7/7/2011 (khamis)





















































Serius. Saya Tekanan!

Pagi ini, 7 Julai 2011 saya berada dalam mood tekanan. Emosi agak kurang stabil apabila keseilapan lahir daripada diri sendiri! diceritakan, pagi ini saya menyambung penulisan tesis sarjana, BAB 1. Menyambung penulisan sekitar 10 hingga 13 muka surat pagi ini. Apa yang berlaku adalah, niat di hati ingin simpan (save), lalu saya menekan butang ctrl+A. Kod ini langsung tiada kaitan, patutnya ctrl+S!! lalu saya menekan shift dan save kembali! Arrrgghh!! Sungguh saya tertekan dengan apa yang terjadi pada pagi ini. Saya kena menulis kembali apa yang telah saya perah selama seminggu! Sungguh saya tertekan! Untuk memulakan penulisan BAB 1 kembali adalah amat sukar bagi saya. Saya terpaksa membaca kembali jurnal-jurnal orang putih dan menterjemahkan kembali. Data-data yang telah saya ambil ranap semuanya! Arggh!! Huh.  Saya amat pantang kalau buat kerja yang sama dua kali. Tapi inilah hakikatnya! Saya terpaksa menulis kembali, memerah segala otot-otot benak ini agar dapat gantikan kembali penulisan saya. Sungguh ini silap diri sendiri! apa yang saya paling kisah adalah SAYA TERPAKSA MENULIS PERKARA YANG SAMA DUA KALI!! DUA KALI!! AMAT BERAT BAGI SAYA UNTUK LAKSANAKANNYA LAGI. APA YANG PALING JELAS, MASA AKAN TERBUANG BEGITU SAHAJA! ARGGGH! SUNGGUH TEKANAN! Apa pun, penulisan wajib di teruskan. Sungguh ini cabaran buat saya. Eerrgghh!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


P/s: Untuk entri saya yang dibawah, sungguh sakit hati apabila saya membacanya kembali. Entri di bawah baru sahaja saya tulis kelmarin. Dan hari ini bala ini menimpa saya. Argh! Apalah nasib. Ini dugaan bagi orang yang menimba ilmu. Bukan Sesuatu perkara yang mudah! Penulisan di peringkat sarjana tidak seperti sarjana muda.  Penulisan yang saintifik. Semuanya mesti dikodkan. Bilamana kena kod kena lah baca! Dan Alhmdulillah, pagi ini, dikala saya tekanan, Penyelia saya menenangkan hati. Katanya ‘ Awak tak boleh buat macam tun, kena back up lain kali’. Huhu saya tenang dan redha menerima ketentuan ini. Huhu. Apapun saya kena menulis kembali! Selang beberapa ketika saya diajak oleh penyelia makan roti canai di Restoran Teko Mas, depan kampus. J



Amar
Tanjong Malim,UPSI
7/7/2011-Tarikh paling saya ingat. Kecelakaan yang membuatkan saya geram!! errgh!

Bicarawara Seorang Murbawan Mencari Ilmu.

Alhamdulillah. Syukur kerana masih lagi bernafas dan dapat menghela kesegaran oksigen yang nyaman kurniaan ilahi. Sedikit kesibukan yang melanda tatkala kini sudah berkerja (walaupun kontrak sahaja). Penulisan Tesis sarjana telah pun bermula. Baru minggu ini dapat dimulakan dengan baik dan sempurna. Agak letih juga otak bilamana mula menterjemah jurnal-jurnal para ilmuan dari negeri orang putih yang tinggi-tinggi bahasanya. Nilai jurnalnya pasti jua tinggi. Di Negara sana, penulisan ilmiah sudahpun menjadi kelaziman. Perkara biasa apabila menulis dan terbitkan dalam jurnal. Untuk siapa? Untuk para masyarakat hari ini untuk membacanya. Kini penulisan bab 1 hampir selesai. Alhamdulillah, kekuatan semangat menyambung pelajaran. Memetik kata-kata penyelia saya, menyambung pelajaran diperingkat siswazah ini betul-betul menguji kesabaran dan mengajar erti mencari ilmu. Satu demi satu say abaca dan teliti jurnal yang dicari di internet mahupun yang sudah saya lazimi di UKM. Bahan bagi kajian saya kali ini mudah untuk diakses. Nodalitinya tinggi!!. Kata bahasa Geografi Pengangkutan. Semoga penulisan bab satu ini akan dapat saya sudahkan dalam minggu ini juga. Target saya, sebelum penempatan guru, bab satu, du adan tiga harus lengkap dan dimurnikan lagi. Agak bimbang akan kesibukan  di sekolah nanti ini akan melenakan tesis yang belum lagi lengkap. Semoga semangat ini terus berkobar-kobar. Sekarang masih berkobar-kobar. Berkobar-kobar menatar ilmu kala keewangan pun belum teguh. Ini sebetulnya mengajar kit erti menghargai sebuah ilmu. Perit jerih manatar ilmu kala keewangan masih meminta-minta! Inilah pengajaran yang paling berharga yang seharusnya kita kutip. Semoga Allah tetapkan niat ini dijalan yang betul. Susah-susah dahulu. Senang kemudian. Ameen. IsnyaAllah.

P/s : BAru-baru ini semasa sibuk mencari bahan literatur, saya ada terbaca satu tesis yang di tulis oleh Julia stevens. Ini tesis atas talian, Durham E-Theses. Tajuknya cukup baik dan bernas. A sustainable journey to school: global issues, local places, children’s lives. Agak terpanah bila melihat tajuk ini. Bila di teliti dan difahami, ia ditulis oleh seorang pengkaji kualitatif. Model kajiannya boleh di jadikan kerangka utama bagi tajuk tesis P.Hd saya!! Tajuknya juga berkaitan dengan geografi pengangkutan! Tajuk ii juga telah saya usulkan kepada penyelia saya. Sambil tersenyum dan tergelak kecil beliau berkata ‘owh bagus tajuk itu!!’. Saya senyum. Mungkin ini antara tajuk pilihan bagi kajian P.hD saya. Heheh ini berangan namanya! Apapun, ia mesti bermula dengan angan-angan yang besar, kehendak yang besar, usaha yang besar-besar-besar dan kesabaran yang besar kuasa dua, agar nanti kejayaan yang diinginkan dicapai dengan jayanya kelak! Amen J

Friday, July 1, 2011

Kuda Besi. Seperti Bas Lagaknya!

Hehe mungkin entri  ini agak mengarut. Tiada falsafah daripadanya. Ini sekadar perkongsian. Dulu, emak kita selalu pesan, belajar tinggi-tingi boleh beli kereta besar, rumah besar..dan bini pun besar!! Hehe sekadar melawak!  Bila sudah belajar tingi-tingi makanya boleh  bersenang  lenang. Ya ini adalah contoh, bermula dengan kehidupan yang biasa-biasa dan kini bila Allah kurniakan rezeki atas keikhlasan dan amanah berkerja, maka inilah ganjaran yang Allah bagi. Allah itu adil. Beri rezeki bila kita berkerja. Tapi jika malas?? Fikirkan.


Dibawah ini nanti akan nada foto-foto ‘Bas Mini’ kepunyaan Tuan  Dr Mazdi. Hehe foto ini saya snap dengan keizinan dari Tuan empunya Bas mini ini. Mahal harganya, setimpal dengan Gajinya juga lah kan!! Hehe DS 52. Saya juga bercita-cita sebegini. Apa pun, haniskan sarjana dulu! Baru berangan ya! 

P/S : Inilah bas mini yang saya maksudkan sepertimana entri saya sebelum ini. (entri pada 28 jun 2011).

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Syukur Dr. Allah bagi rezeki lagi. saya Doakan rezeki makin dilipatgandakan.senyuman kepuasan. Ini untuk anak-anak katanya. keselesaan.  Quality of Life.

















Hehe kereta yang besar adalah PERLU bagi keluarga yang sedang berkembang. Kini, Dr Mazdi bakal menimang anak lagi. Rezekinya bertambah. Tambah sorang lagi, akan ada 5 HERO! hebat askar-askarnya!Wajar 'Bas Mini' ini dibeli. Katanya " Untuk anak-anak jer'. Ini juga FALSAFAH!  hehe



Hehehehe ini kereta Penyelia saya. hebat kan??

dan saya? masih lagi dengan kuda besi DAM 9402. heheh seperti dalam foto di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hehe setakat ini sahaja lah yang saya mampu tika ini. Inilah harta saya. Banyak jasanya.Ada rezeki, mengajar nanti, bolehlah pakai kereta agaknya. Biasa-biasa sudah. Saya cikgu jer (InsyaAllah).


P/s: Bersyukur dengan pemberianNYA. Setiap apa yang diberikan itu ada maknya. Bersederhanalah dalam setiap hal. Beli bila PERLU sahaja. 


Amar
Tanjong Malim.

Berdaftar!!


Alhamdulillah. Saya kini sah sebagai Pembantu Penyelidik! Hari ini juga agak huru hara. Semalam, saya (30/7/2011, khamis). Saya ke RMC (Research Management Centre) UPSI untuk saya dapatkan kad punch yang baru. Ya lah, sebermulanya bulan baru kena lah ambil kad punch yang baru! Tatkala itulah saya dimaklumkan Julai ini bermula nya penggunaan Kad Pintar! Wah, bunyi nya seperti sofistikated! Dan pagi ini saya berpagi-pagi lagi berwisata ke RMC untuk dapatkan kad pintar. Saya bersama sahabat saya, saudara Luqman. Alhmdulillah, walaupun terdapat sedikit kekalutan, saya dapat juga Kad Pintar tersebut. Sebelumnya Luqman dapat dahulu daripada saya kerana beliau mendaftar  awal sebagai pembantu penyelidik.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

Semasa menggunakan kad Punch dahulu, memang bermasalah! Hari yang saya punch kadang-kadang di awalkan 3 hari daripada tarikh saya punch atau bertindan atas tarikh yang sebelumnya. Sangat sakit hati. Dan kini adanya kad Pintar yang baru ini, hanya perlu ‘swap’ sahaja. Mudah. Hanya perhatikan nombor matrik pekerja yang tertera (nombor pekerja saya ialah PPP 340) dan perhatikan In (masuk) dan Out (keluar) waktu kerja. Senang. Semua rekod masuk dan keluar di rekodkan secara berkomputer. Telus dan adil!

P/s: Tepatilah waktu kerja dengan seamanah yang mungkin. Rezeki yang kita terima adalah dibayar pada setiap waktu yang kita kerja. Amanahlah. Dengan duit ini kita berikan pada adik-adik dan keluarga kita. dan dengan duit inilah kita belanja. Biarlah ada keberkatan! J


Ini kad pintar saya. Sekadar perkongsian!

 Kad sementara. masih kontrak!!






Sekadar itu daripada saya. Salam permisi.

Amar
Tanjong Malim, Perak.