Pages

Sunday, August 21, 2011

Alhamdulillah. Rezeki. Duit Hari Raya Untuk Adik-Adik Barangkali!


Tanggal 22 Ogos 2011. Isnin.

Alhamdulillah. Panjat kesyukuran pada yang maha pencipta. Agung pemberiannya. Hari ini rezeki melimpah ruah lagi. Rezeki Ramadhan. Sungguh diri ini amat bersyukur. Walaupaun dianggap seperti kebiasaan tetapi bagi saya yang kerdil ini cukup dan amat berharga.Pagi ini saya di jemput oleh seorang lagi pensyarah yang namanya mungkin saya tidak sebutkan disini. Beliau memohon bantuan daripada saya untuk mengkodkan data mentah ke dalam sistem SPSS. Sudahnya, saya menerima pelawaan (saya namakan beliau sebagai En M) dengan hati yang penuh ikhlas dan terbuka. Melihat kepada permintaanya seperti memohon bantuan yang amat sanagt amaka say amenerima dengan hati yang terbuka. Beliau menetapkan bayaran RM 1.00 untuk satu soalan soal selidik. (kalau ikutkan bayaran sebenar adalah RM 1.50, atas kapasiti menolong saya terima sahaja dan saya anggap ini adalah rezeki!syukur).  Sebanyak 300 helai soal selidik yang perlu saya kod kan. Beliau juga meminta bantuan saya untuk memberikan pandangan tentang corak analisis korelasi pada data SPSS yang bakal saya kod kan. Ujar beliau ‘saya juga ingin meminta bantuan amar, untuk cadangkan kepada saya soalan mana yang boleh di buat korelasi’. Saya tersenyum lalu berkata ‘ En M, saya tidak adalah pandai mana pun, kalau diajak berbincang dan mengenalpasti soalan yang boleh di korelasikan tidak menajdi masalah, InsyaAllah, saya menolong mana yang patut. Saya juga masih belajar!’. Beliau tergelak dan saya juga tergelak kecil. Dalam hati penuh rasa syukur. Mungkin dengan duit ini akan saya simpan untuk bayaran yuran sarjana dan sedikit duit hari raya untuk adik-adik. Mereka tiada punya!. Ya Allah. Hambu  Mu sangat bersyukur atas pemberiannMU! Insya Allah, jika tiada aral yang melintang akan saya cuba hantar salinan yang sudah di kod kan ke dalam sistem SPSS sebelum saya balik pada 24 Ogos (Rabu). Moga-moga saya diberikan kekuatan fizikal dan mental. Buat di masa lapang! insyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
P/S: Saya yakin dan percaya, ini adalah rezeki yang Allah lipat gandakan daripada wang zakat yang saya bayarkan tempoh hari. Allah gandakan berlipat kali ganda daripada sekelumit yang saya infakkan! SubhanaAllah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Amar
Pejabat. Tanjong Malim.

Wednesday, August 17, 2011

Sketsa Perjuangan Kembali Bermula. Alhamdulillah.


Tanggal 18 Ogos 2011. Khamis.

Mood: Gembira yang teramat sangat!

Keputusan  kemasukan pengajian sarjana telah pun boleh di semak pagi ini. Alhamdulillah. Tawaran saya di terima oleh .


Saya link kan surat tawaran di sini :-






Alhamdulillah. Sketsa perjuangan kembali bermula. Ini kisah yang sebetulnya menguji tahap kecekalan dan ketabahan menuntut ilmu. Alah bisa tegal biasa! Inilah perjuangan sebenar. Perjuangan mencari identiti diri mengenal ilmu yang   sebenar. Semoga saya diberikan kekuatan untuk menempuh ‘sketsa’ ini  dengan tabah dan cekal. Mohon doa daripada rakan-rakan dan sahabat handai, ini lah perjuangan yang telah lama saya nantikan. Lama idamkan. Semoga perjuangan ini sampai kepada penyudahnya!


Bakal dan akan memiliki  Ijazah Sarjana  Sastera (Geografi) UPSI. InsyaAllah!!


Amar Al-Bakhtiar bin Abdul Rahman
M20111000405
Tanjong Malim
Perak.

Alhamdulillah. Rezeki Aidilfitri. Indah. Apa adanya.


Tanggal  17 OGOS 2011. Rabu. Nuzul Quran.

Alhamdulillah.  Kalimah yang paling tepat wajar terpacul daripada mulut sang manusia apabila mendapat nikmat pemberian daripada Allah SWT. Apa adanya kita di dunia ini adalah pinjaman semata. Semuanya pinjaman. Sama juga jika membayar zakat fitrah. Duit yang menebal di dalam poket dan dompet tuan-tuan hanyalah pinjaman semata. Sebab itulah kita di perintahkan untuk mengeluarkan zakat. Membantu orang yang wajib mendapat zakat. Inilah sang kaya menolong sang fakir. Mereka tiada punya apa! Bantulah walaupun sekecil mana pemberian. Dan apa yang kita berikan Allah lipatgandakan lagi. Saya bacakan firman Allah SWT yang berbunyi ‘Lainn Syakartum La Azi dannakum, wala Innn Kafartum Inna azabinlasyadid’ Maksudnya, syukurlah, Allah akan tambah lagi nikmat ke atas kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab allah amatlah pedih. Inilah janji Allah. Janji allah tidak satu pun pernah di mungkir. Kita buat maka kita dapat.  Inilah yang dikatakan sebagai bayaran Allah kepada umatnya yang taat dan zuhud padanya. Saya bukanlah seorang yang sesempurna manapun. Cukup pada kadar ini mengingatkan saya tentang janji Allah yang di janjikan. Hari ini. Rezeki melimpah ruah. Bagaimana sebuah perancangan Allah yang maha kuasa memberikan rezeki buat umatnya. Saya yakin. Rezeki ini datang daripada zakat yang saya keluarkan. Saya yakin dengan janji Allah pada umatnya. HAri ini, saya mendapat rezeki yang diturunkan melalui seorang HAMBA ALLAH ini. Tiada satu pun orang dalam dunia ini (pada andaian saya) memiliki 2 pasang baju melayu pada aidilfitri yang sama. Sebelum ini entri saya ada memuatkan berkenaan kisah sepasang baju melayu yang saya dapatkan melalui duit gaji saya. Hari ini orang memberi  sagu hati pula (saya tidak sebutkan sedekah dan zakat kerana saya tidak layak untuk mendapat sedekah dan zakat, saya berkerja!). Sepasang  baju melayu dan sehelai  kemeja Kasual lelaki. Saya menerima pemberian beliau dengan perasaan yang penuh bercampur baur! Tiada dapat saya ungkap perasaan yang terbuku di hati. Terharu, gembira semua ada. Pada mulanya, saya berjanji dengan beliau untuk ke rumah beliau untuk ‘snap’ gambar naknya yang baru sahaja kelahiran. Alhamdulillah. Sudah cukup 5 HERO di rumahnya! Aman dan tenteramlah usratie ini sebab ramai lelaki yang akan menjaga keamanan rumah tangga ini. Penyeri kehidupan!! Hehe. Saya di ajak untuk mengikuti beliau sesudah saya sampai di rumah beliau. Dan semasa di dalam kereta beliau memaklumkan niat murnianya ini. Saya terkejut. Saya memikirkan sudah banyak di beri bantuan dan kemudahan sepanjang berada di bumi murabbi ini. Ini mahu member sagu hati pula! Saya amat berat untuk memikul. Mahu menolak? Saya sudahpun berada di dalam kereta dan tayar sudahpun meluncur laju menuju ke pusat membeli pakaian! Ah kata hati. Apa saya mahu buat. Kata beliau dengan nada bersahaja ‘ Ala taka pa amar, benda kecil sahaja ni’. Saya bermonolog, kecil pada beliau, tapi ini amat besar bagi saya!! Sanagt besar. Sudah banyak di belanjakan. Semahunya! Saya sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Sampai di pusat pasaraya. Saya melangkah longlai masuk. Di dalam fikiran sudah banyak yang saya fikirkan. Banyak saya fikir. Ya Allah. Apakah ini rezeki aku. Tapi sudah terlampau banyak yang telah saya terima. Bantuan, duit, kemudahan kerja. Banyak! Dan ini pula busana Aidilfitri! Beliau pun banyak tanggungan. Saya memikirkan. Buntu!! Beliau dengan nada bersahaja menegur dan berbual dengan saya. Tapi hati dan otak ini di sudah tidak mampu untuk memberi  tafsiran. Di unjuk kesana  dan kemari busana-busana nya. Saya malu dan tidak tahu perasaan apa yang hadir pada waktu itu. Saya sudah mengaggap beliau seperti abang saya. Dan seperti yang saya jangkakan, beliau berkata ‘ awak ambil sahaja, apa-apa yang awak nak, tidak usah gusar pada harga’. Ahh. Kata hati. Saya semahunya tidak mehu memilih apa-apa. Tapi bila memikirkan  saya sudah sampai ke pusat pakaian atas maksud untuk membeli pakaian. Maka saya turutkan jua. Apa daya saya. Saya memilih. Ya Allah. Saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Mahu menangis semahunya pun ada juga kerana terharu. Sebetulnya beliau mahu membelikan saya sepasang baju melayu. Sebelumya saya ada memaklumkan yang saya sudah punyai baju. Tapi tidak di endahkan juga! Soal hati ‘ bagaimana untuk harus saya menolak?’ gusar! Saya tidak mahu menyusahkan orang. Terutamanya beliau. AMAT banyak pertolongan yang di berikan. Sungguh saya tidak pernah jumpa manusia sebaik dan pemurah sebegini!! Akhirnya, saya memilih sehelai Kasual Coklat muda. Dengan harapan bias menenangkan beliau. Tapi alat artikulasinya masih menyebut ‘saya sebanarnya nk beli baju melayu kat awak, tapi awak kata dah ada dah’. Maka saya menyanggah ‘ yela, takkan lah saya nk pakai baju melayu dua helai kan’. Saya dan beliau tergelak kecil. Saya rasa seperti sudah selamat! Saya menaiki kereta BESARNYA. Kataya. ‘ baju melayu saya pun tak ada lagi, yang anak-anak dan isteri sudah selesai. Tinggal untuk saya sahaja. Ujar beliau. Tema warnanya tahun ini ‘warna merah hati’. Katanya, ‘ kita ke pecan lah sekejap, saya mahu cari baju melayu’. Saya turutkan jua. Sesampai di pekan bumi murabbi. Saya keluar dari kerata dan berjalan bersama-sama. Sampai di kedai yang mungkin agak familiar bagi beliau. Saya melangkah masuk. Beliau mula bertanya-tanya tentang warna merah hati. Dan saya menolong beliau memilih. Dan semasa memilih berlansung, ditanyakan lagi  ‘awak nk tak baju melayu, saya belikan? Sebenarnya saya mahu bagi baju melayu pada awak’. Ya Allah. Apalah dugaan ini. Kata hati. Amat berat. Saya hanya mampu tersipu-sipu dan menggelengkan kepala sahaja. “ tak payah lah. takpe-takpe. Saya kan dah ada baju melayu. Beliau berkata lagi  ‘awak nak tak? Jangan malu dengan saya. Sebab saya dah niat dah nih’. Saya tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dipilihnya saya baju melayu. Tiga warna. Dan beliau berkata ‘awak dah ada kan yang warna hijau?’. Maka hati saya terdetik. Baju melayu saya pakai pun beliau ingat! Saya terharu. Semahunya!!. Saya tidak dapat kata apa-apa. Bajunya sudah dipilih. Saya amat malu pada waktu itu. Tidaklah saya dapat gambarkan. Sungguh hati ini tersentuh. Kata beliau ‘awak dah banyak bantu saya,amik din (anak beliau) di sekolah dan seumpamanya’. Saya berkata ‘tidak ada pa pun, biasa sahaja tu. Di rumahpun adik-adik saya memang saya sahaja yang ambi. Bagi saya itu biasa sahaja. Dan beliau tetap dengan kata-kata beliau. Saya mendengar. Bagi saya,itulah salah satu bantuan yang dapat saya berikan. Saya tidak mampu kalau menolong daripada aspek lain. Biasa sahaja. Apapun. Saya memilih dan menurut kehendak beliau. Jelas terpancar wajah puas dan gembira daripada wajah beliau. Saya menerima dengan hati yang penuh rasa malu dan terharu. Tidak pernah seorangpun memberikan hadiah sebesar ini semasa aidil fitri. Yang biasa-biasa adalah!. Mencuba baju melayu. Juga beliau lihat dan menilai. Katanya ‘ok dah nih, macam mana tangan (labuh). Owh ok dah tuh’.  Dan saya tersipu malu! Saya menggapai beg plastiik hijua yang berisi baju. Lalu saya ucapkan ‘ Terima kasih banyak-banyak! (saya sengaja tidak sebutkan gelaran beliau disini). Saya mengikuti beliau ke rumah untuk mengambil gambar anak kecilnya. Nama anaknya Muhammad Mujaahid bin *****. Indah apa adanya dnegan maksud anak ini. Saya mengambil gambar. Di sambut riang oleh isterinya yang baharu sahaja bersalin. Saya agak ramah dengan keluarganya. Ibu beliau juga ada di rumah. Menjaga pantang menantu agaknya!! Alangkah bahagianya orang yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak erta keluarga mentua!!. Selesai megambil gambar saya pulang. Dalam perjalanan pulang. Banyak yang saya fikirkan. Saya anggap sahaja  ini sebagai lipatan memoir dan kenangan saya di bumi  Murabbi ini. Tiada apa yang dapat saya ungkap. Cuma, saya titipkan  doa saya pada keluarga beliau:

Ya Rabbi, Lanjutkanlah usia hamba mu ini (beliau) dan keluarganya, tambahkanlah rezeki dan  nikmat kesenangan duniawi dan ukhrawi kepadanya agar dapat terus taat segala perintah dan larangan MU ya Allah. Sesungguhnya, engkaulah Tuhan yang maha pemurah dan mempunyai kuasa terhadap segala kejadian. Ameen.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
P/S: Alhamdulillah. Syukur dengan pemberian MU. Semoga dengan maksud ini akan dapat di jadikan teladan yang baik untuk diri ini. Diri ini tiadalah sesempurna manapun. Rezeki dari MU yang terebntang luas. Syukur kerana mengenali orang yang banyak memberikan tunjuk ajar. Mengajar dan mendidik. SubhanAllah.

Dibawah ini ada saya potretkan foto-foto baju yang di berikan. Syukur Alhamdulillah!! 

Warnanya Ungu. Saya bersyukur.

Jahitan juga kemas. Seperti baju yang ditempah juga!!

Ini kemeja kasual. Pada mulanya saya memng memilih baju ini supaya 'selamat'.
Bila mana kehendak beliau untuk berbaju melayu, apakan daya, saya turuti juga. 
Serius. Amat segan.Tidak terkata apa-apa tatkala itu!!

Belakang. Ini bukan blog mahu jual baju raya ya!!

Jenama 'Snail' (siput). Dulu baju ini saya lihat mahal (bagi saya lah). 
Hari ini kelihatan murah pula berbanding dengan apa yang saya lihat terdahulu. 
Zaman mungkin berubah!!

Dan inilah cahaya mata beliau. Hero juga!!. ini yang ke lima. 
Nama di beri dulu, kini dan selamanya adalah
Muhammad Mujaahid Bin *****
Semoga potret ini akan dapat di jadikan kenangan, diunjuk rasa pada Mujaahid apabila besar kelak! 
"anak ku, sewaktu kaki mu sebesar telapak tangan ayah dan ibu mu, inilah potret lakaran ilahi, cukup sempurna ciptaan Allah. Berkat doa dan tawakkal pada NYA. Moga-moga anak ini menjadi seorang insan yang bertaqwa dan taat pada ibu bapa. Dan janganlah sesekali engkau mengucapkan 'uh' dan memaling kan muka bengis mu kerana pada ayah dan ibulah permulaan Mu di dunia ini  duhai Mujaahid
Ameen..

Bertambah lagi suriat dan rezeki beliau. 
Anak ini bakal profesor kelak!! InsyaAllah.!!Amenn.

Ke mana jatuhnya kuah kalau tidak pada nasi juga! hehe

Sekian. Lakaran sebuah perjalanan hidup. 
Mencoret kenagan indah kala hayat di kandung badan.

Amar
Tanjong Malim.
Pejabat.




Sunday, August 14, 2011

Busana Aidil Fitri. Indah apa adanya. Alhamdulillah.


Terima kasih kepada yang memberi!!
Tanggal  15 Ogos 2011. Isnin.  Pagi yang indah nan permai!!

Alhamdulillah. Mata yang segar dan ceria membuka hening pagi untuk mengemaskini blog yang kadang saya rasa sudah lama tidak membukanya atas beberapa kekangan (pertama, wifi di kolej yang lambat menjadikan proses ‘loading’ mencabar kesabaran saya, kedua agak kesibukan dengan tanggungjawab, melunaskan mana yang lebih aula dahulu. Sudahnya blog pun terabai! Walaupun baru dua hari saya tidak membuka laman ini). Terdahulu, saya ada juga merayau-rayau di pekan Tanjung Malim. Merayau sambil melihat pemandangan manusia di kota Murabbi ini. Bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan, duit gai untuk bulan 8 masuk tepat pada apa yang saya jangkakan. Apa pun, jika ke mana-mana kedai (tatkala ramadhan ini), lagu hari raya sudah pun berkumandang walaupun pada hakikatnya aidilfitri lambat lagi!! Mereka ini amat ‘gembira’ menyambut syawal barangkali berbanding ramadhan yang mulia ini! Sana-sini berdentam dentum kerincing lagu raya bergema! Kadang-kadang  terfikir juga apa kah ini merupakan strategi yang di gunakan oleh pekedairat (merupakan istilah baru yang saya reka bagi mereka yang gila berniaga) untuk mengaut keuntungan! Biarkan sahajalah . Kerana dengan cara  ini mereka mencari rezeki. Saya juga mencari rezeki. Berkat duit gaji kali ini saya manfaatkan untuk menjahit baju melayu. Seblum ini  semasa saya berpraktikum di SEMESTA, ada seorang ustazah menghadiahkan saya selembar kain. Kain yang saya fikir boleh di jadikan busana beraidil fitri.Kain yang indah warnanya. Kain yang di berikan kepada saya berwarna oren. Kata beliau, warna oren sesuai dengan orangnya yang ceria! Tergelak saya seketika. Apa pun saya amat berterima kasih pada ustazah. Hampir terlupa untuk saya sebutkan nama penuhnya, Ustazah Norhana. Orang tapah (jika salah betulkan saya!). saya menerima dengan hati yang terbuka. Sebelumnya saya tidak tahu yang itu merupakan kain. Setelah saya buka kotak pemberiannya di rumah, makanya tahulah saya ia merupakan kain. Saya terdetik untuk jadikan kain ini sebagai Baju Melayu di Aidil Fitri kelak. Saya bawakan kain ini ke Tanjung Malim semula (sebelumya kain tersebut saya buka kotaknya di rumah). Tujuannya adalah satu. Saya ingin jahit kain ini dan jadikan ia sebagai baju melayu! Saya kembali semula ke kampus menguruskan kerja saya dan mencari bahan kajian sarjana. Sempat saya ke kedai jahit di  Pekan Tanjong Malim. Pada waktu itu bulan 6 lagi. Saya hantar awal. Agar tidak berebut pada ramadhan. Orang mesti berpusu-pusu ke kedai jahit untuk mengahantar tempahan baju! Saya hantar awal agar baju dapat saya ambil awal tidak lah berebut macam kana-kanak! Alhamdulilah. Setelah Dua bulan saya tinggalkan kain di kedai jahit tersebut (orang cina yang jahit baju melayu, jahitannya kemas!!) ianya siap sepenuhnya. Terima kasih ustazah bagi kain ini. Sebelum ini tidak pernah walau seklaipun saya memerima pemberian kain daripad mana-mana pihak. Saya jahit kaia ini jadikan baju melayu agar pada setiap seulaman benangnya akan terselit seputar kenangan saya di tapah. Apa pun saya berterima kasih!! Kini baju ini sedia sedia untuk saya kenakan di pagi syawal kelak!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S:  SAya bersyukur pada MU ya RABBI. Alhamdulilah. Saya diberikan rezeki dan masih lagi  mampu menikmati nikmat rezeki ini dengan sempurna. Apa pun saya tidak lupa pada mereka yang masih lagi tiada punya apa-apa untuk ramadhan dan syawal kelak! Fikirlah, meraka yang tida punya itu berhari raya sungguh dalam keadaan yang sungguh naïf dan daif. Ingatlah, apa adanya busana yang kita pakai di aidil fitri ini merupakan rezeki punjaman semata. Hanya sementara. Besyukurlah apa adanya. Jangan berlebih-lebihan. Firman Allah ‘ Waqulu washrobu Wala tusrifu. Innahu la yuhibbul musrifin  (Al A`raaf : 31) yang bermaksud  makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Saya tegaskan lagi dengan firman ALLAH dalam surah Al-Israk ayat 27 yang berbunyi ‘Innal mubazziiri naka nu ikhwana sya ya tinn.  Wakana syaitonu lirabbihi kafura. Maksudnya, Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah ingkar kepada tuhannya.  (Jangan membazir untuk aidi fitri, walaupun setahun sekali, nikmatilah aidil fitri dengan penuh kesyukuran dan tawadhuk!) Ingatlah juga kepada mereka yang tiada punyai apa-apa!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya potretkan sedikit foto untuk tatapan para warga blog sekalian. Inilah apa adanya. Alhamdulillah.

Saya (besama kamera DSLR) dan di sebelah  kiri saya adalah Ustazah Norhana. 
Potret ini dinukilkan pada hari guru, 15 mei 2011. Inilah wajah beliau. Banyak ilmu dan pengalaman sambil timba daripada beliau. beliau merupakan GC (Guru Cemerlang ) Pendidikan Islam SEMESTA!!
Semoga kecermelangannya juga saya warisi untuk tatapan nusa di hari esok! Terima kasih ustazah atas pemberian. Akan saya kenakan busana Baju Melayu yang sudah siap pada pagi syawal kelak!
SAngat bermakna!

Dan saya muat naik juga beberapa keping gambar baju melayu yang telah siap. 
Saya potretkan juga. Sebagai kenang-kenangan!

Potret penuh!

Sepasang busana baju melayu di aidil fitri, lengkap bersamping dan bersongkok! Alhamduliilah.

Bagi saya, jahitannya amat kemas. Kain ini tersangatlah licin. Dan pada setia ulir benang yang di jahit pada bahagian-bahagian yang sulit, tiada kedut dan benang yang kendur. Semuanya sempurna!! 
alah bisa tegal biasa!

Saya akan selalu mengrahkan 'tukang jahit' untuk hitamkan kolar sebelah dalam agar tidak nampak kesan kotoran peluh apabila selesai di pakai!!


Alhamdulillah!! J


Wednesday, August 10, 2011

Ijab dan Qabul. Alhamdulillah.


Tanggal 11 Ogos 2011. Khamis.

Semalam, tanggal 10 Ogos 2011. Saya bersama dengan penyelia saya ke Masjid Jamik untuk melabur di amanah saham akhirat. Saya dan penyelia melabur sebanyak 27K pada satu-satu waktu! Inilah solat zohor secara berjemaah! Saya menerima pelawaan penyelia saya dnegan hati yang terbuka. Nasib baik juga seluar yang saya pakai bersih. (jaga kebersihan walau sewaktu membuang air kecil agar seluar ini boleh di gunakan untuk solat). Saya dan penyelia dan bersama seorang sahabat, warga fakulti juga ke masjid. Mengambil keberkatan Ramadhan. Ke Masjid untuk menunaikan solat berjemaah adalah lebih aula. Pahala di gandakan. Saya yang tentunya kekuatan iman dan amal masih lagi kurang ini terpanggil untuk melaksanakan bersama ganjaran yang di janjikan oleh Allah S.W.T. setelah selesai solat, saya ke bahagian belakang masjid, menunggu penyelia untuk balik ke pejabat. Sementara menunggu saya terlihat dua orang tua, bersama buku dan meja lipat kecil di belakang. Mereka duduk antaranya. Dan saya melihat. Dalam hati saya, ini lah ‘amil’ si pemungut zakat. Wajah-wajah amil yang sudah tua. Tiada punya apun pun mereka ini, hanya untuk menjalankan kewajipan sebagi seorang amil. Pada waktu ini, penyelia saya sampai dan memberitahu ‘ awak dah boleh bayar zakat, awak dan berkerja. Pergilah.bayar zakat. Saya pada mulanya terkejut. Kerana mungkin sebab jahil. Sebelum ini di bayar oleh ayah saya. Dan saya terpaku. Melihat para amil dan pembayar zakat berbicara dan bersalaman melafazkan ‘ijab dan qabul’ berzakat. Mereka mungkin melafazkan lafaz niat pembayaran zakat untuk keluarga barangkali!! Saya tergerak hati. Saya gagahi jua walaupun pada mulanya saya agak malu. Malu sebab sebelum ini belum pernah lagi saya bayar zakat ini atas diri saya! Saya melangkah pergi. Saya duduk dan memberi salam pada amil. Ramah amil ini. Terus bercakap bagaikan orang yang sudah kenal 10 tahun yang lalu! Saya menyatakan hasrat ingin membayar zakat. Saya memaklumkan juga yang ini merupakan pertama kali saya memnayar zakat kerana saya baru berkerja.  Saya bertanyakan kepada amil, ‘ tuan, bayar zakat dimana-mana pun tidak salah kan?’. Amil menjawab ‘ oh tidak mengapa. Bayar di aman-man apun tidka mengapa. Zakat ini pun akan di agihkan kepada asnaf yang layak’. Ujar beliau. Penyelia saya pun berkata demikian. Seeloknya kita membayar zkat di tempat dimana kita mencari rezeki agar zakat yang kita bayar ini akan dapat membantu asnaf yang ada di sekitar tanjung malim (dalam kes ini!). Saya menyerahkan kad pengenalan kepada amil. Ada juga bertanya nama saya. Saya serahkan kad pengenalan agar nama saya di eja dengan betul. Maklumlah. Nama saya agak sukar di sebut oleh orang yang tua-tua!! Dan kemudian amil menulis sambil menyebut nama saya. Saya tersengeh! Saya keluarkan wang sebanyak RM 7.00 untuk bayaran zakat atas diri sendiri.  Saya membayar zakat dan kemudian membaca lafaz yang tertulis pada meja lipatnya. Lafaznya tertera INI ZAKAT FITRAH SAYA YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $ …………KERANA ALLAH  TA’ALA”. Maka saya berijab. Si amil qabulkan bayaran zakat saya. Dan selepasnya saya menadah tangan mengaminkan doa yang di bacakan oleh amil. Alhamdulillah. Saya sudah ‘MENYUCIKAN’ dan ‘MEMBERSIHKAN’ harta apa yang saya ada. Memanglah daripada bahasanya zakat juga bermaksud bersih, suci dan berkat. Semoga ini memberikan keberkatan dan rahmat  buat diri saya dan asnaf yang menerima zakat daripada saya. Allah Huakbar, Indahnya agama islam nan suci!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
P/S: Allah berfirman dalam surah AL-BAQARAH ayat 43 yang berbunyi  ‘WA AQI MUSSOLAH TA WA A TUZZAKAH’, mafhumnya  Dan dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah  zakat.  Keluarkan zakat adalah wajib kerana ini adalah rukun islam yang ketiga.   Wajib ke atas semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk mengeluarkan zakat. Alhamdulilah. Tertunai kewajiban. Semoga Allah S.W.T limpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah lagi kepada hambanya ini agar boleh lagi saya keluarkan zakat lagi sebagaimana yang di wajibkan keatas umatnya. Ameen.


Amar
Tanjong Malim
Pejabat.
Coretan pengalaman semalam yang indah. J

Monday, August 8, 2011

Kadang, Rasa bimbang dan takut juga hadir tanpa di Undang!!


Tanggal 9 Ogos 2011. Selasa.

Semalaman saya berfikir. Bolehkah aku?. Ayat ini sering kali saya tanyakan pada di diri sendiri. Sangat takut. Saya ada berjumpa dengan beberapa hamba Allah. Biasalah. Sudah berada di dunia akademik ini semuanya akan bicara fasal-fasal akademik. Saya masuk ke bilik seorang pensyarah. Kawan saday seblik degan pensyarah tersebut. Lalu berjumpalah dengan seorang hamba Allah ini. Peramah orangnya. Beliau bakal ke Sydney. Menyambung PhD di sana. Wah hebat!! Menyambung pelajran ke luar negara. Mesti ujian kelayakan IELTS dan TOEFL.  Lalu berkaitlah sang ceritera ini dengan seorang hamba Allah ini yang saya kenali. Jga di jelaskan kajian sarjananya juga belum siap lagi??? Saya terkejut. Seorang pensyarah yang pada pandangan saa hebat apabila menulis juga tidak sempat siapkan kajian apatah lagi saya yang masih lagi baru  dalam dunia penyelidikan. Apakah mampu saya siapakn kajian dalam masa setahun?? Ini persoalan yang bermaian di fikiran saya. Pensyarah yang hebat. Kelayakan akademik juga hebat. Masakan kajian tidak dapat di siapkan dalam tempoh masa ang di tetapkan. Saya juga gusar dan hairan. Berada di RU (Research Universiti), bahan-bahan pasti memukau banyaknya. Tapi kenapa tidak siap juga?? Apakah kekangan daripada penyelia yang sibuk? Atau bahan tiada? Atau malas? Eh masakan malas. Mereka di taja untuk balajar!!!. Banyak persoalan yang saya bermain di benak. Dan ini membuatkan saya takut. Takut untuk hadapi oengajian di peringkat sarjana. Kata penyelia saya targetnya setahun sahaja. Saya mula bingung memikirkan. Apalah daya saya. Saya tiadalah sehebat pensyarah-pensyarah yang tentuny abahan literatur dan bahan bacaannya banyak dan fasih berbahasa inggeris. Ini sememangnya menakutkan saya. Kata seorang hamba Allah, ‘saya buat master mod research ini kat USM hamper tiga tahun juga’. Wah 3 tahun?? ini sudah tersasar. Setahun. Puas saya membayangkan. Apakah boleh saya harungai ini dengan tabah dan sabar. Kata sorang lagi hamba Allah ‘ ala jangan takut, viva tu nak bagi kita lulus. Bukan nak bagi gagal lah amar’. Haish. Sebetulnya saya bimbang!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S: Saya ini bulahlah orang yang pandai. Tiada pun kebijakan dan kepandaian. Cuma saya khuatir jika target ini tidak mampu saya lakukan. Untuk hari ini saya hanya mampu sedapkan hati sahaja sebab bab satu saya sudah siap!! Tetapi ini bukahlah jaminan hakiki. BANYAK lagi yang perlu di baiki. Sungguh saya begitu bimbang kalau-kalau kajian sarjana saya ini TIDAK SIAP!!. Adui. Gusar hati saya memikirkan. Sedangkan mereka di berikan cuti yang panjang tidak juga siap, saya yang akan berkerja taidak lama lagi macam mana??? Pening dan getir saya memikirkan. Tenanglah duhai hati. Ada hikmat di sebalik Allah temukan saya dengan orang-orang sebegini. Mungkin ini dengan harapan supaya saya diberikan msa dan ruang untuk berfikir dan merenung sejenak apa yang  terjadi pada orang lain. Tafakkaru! Amenn.


Amar
Pejabat
Tanjong Malim. Perak

Sunday, August 7, 2011

Asing Perantauan Ramadhan Nan Kareem

Coretan anak perantau......

Rantauan anak muda di negeri asing
Semalaman masih terasa asing

Jauh anak ini merantau kala Ramadhan
Meninggalkan seputar memoir indah di kampong halaman

Terasa kejauhan keenakan tangan bonda membelai juadah
Membingit di halaman   membina ukhuwah

 Teringat pada Semalaman yang lama
Lama di negeri asing tiada terkira
Menanti sebuah pertemuan kunjung tiba
Membujuk lara hati mendamaikan sukma
Apakah jua kan tiba waktu bahagia?

Kala senja tiba menyinsing,
Berduyung-duyung bermotoran ke kota asing,
Mencari sebuah rezeki untuk ramadhan di negeri asing..


Tanggal 7 Ogos 2011. Ahad.


Amar
Tanjong Malim.
KUO

Sekadar mencoret dan mengungkap kata.

Saturday, August 6, 2011

Coretan Sebuah Perjalanan ‘Rezeki’. Alhamdulillah.

Tanggal 7 Ogos 2011. Ahad.

Hari ini saya ke pejabat. Bukan mahu tunjuk rajin, tapi ini adalah arahan! Hehe saya ke pejebat seawall jam 9 pagi. Awal ke pejabat. Saya di telefon oleh penyelia saya, katanya beliau datang sedikit lewat. Dan saya sudah pun berda di kampus tatkala itu. Saya memikirkan beberapa alternatif lain, sudahnya saya membuat keputusan untuk membasuh ‘motosikal’ buruk saya. Hehe kini kelihatan ‘bersih’ sedikit. Nampaklah seperti motosikal. Hehe. Dan kemudiannya saya kembali ke pejabat. Saya menggunakan komputer pejabat untuk saya nukilkan sedikit pusi. Puisi ini adalah puisi rasa hati. Maka saya nukilkan di entri blog ini. Terhasil beberapa bait puisi. Ilham datang tidka tentu masa. Maka saya terus menulis. Alhamdulillah. Tiada apa yang dapat saya rasakan melainkan rasa puas dan gembira. Sekadar menulis rasa hati dan sukma.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sehinggalah penyelia saya datang. Memohon maaf kerana lambat berikutan anaknya yang menangis. Bagi saya tiada masalah. Kelambatan itu perkara biasa. Jika betul-betul ada masalah. Saya sempat berborak dan menanyakan khabar. Penyelia saya mengarahkan saya menulis sebuah proposal untuk memohon geran universiti yang baru. Kata beliau, ambil sahaja idea pada tajuk kajian sarjana saya. Kemudian di cernakan pada kajian geran Univerisiti. Saya mengiyakan arahan beliau. Mudah-mudagan dapatlah lagi saya mencari rezeki di kampus ini. Katanya, beliau akan cuba untuk  ‘debat’ dan mempertahankan hujah dengan pihak RMC untuk meneruskan tajuk kajian yang bakal saya laksanakan ini. Mudah-mudahan ia memberikan hasil yang mendatangkan rezeki.  Ameen.  J

P/S: Alhamdulilah. Akan saya usahakan. Kalau lulus, insyaAllah. Rezeki saya masih menapak di sini. Mohon pada MU ya Rabbi agar ini akan dapat membuka ruang rezeki pada saya untuk meneruskan kelansungan hidup senelum penempatan guru. (Kalau di berikan penempatan awal sekalipun, gaji belum tentu akan  masuk  lagi! Saya bersyukur jika ini akan mendatangkan rezeki kepada saya. Amenn). Rezeki Ramadhan barangkali. Siapkan prposal sebelum 15 Sepetmber 2011!! InsyaAllah.

Amar
Tanjong Malim.
KUO

Puisi Anak Rantau!!

Anak Rantau

Dasar anak rantau
Dimana-mana pun merantau

Berkelana di ceruk meropolitan
Menerobos buana dan pertiwi demi secangkir hambatan

Agar tidak kolot dan santun berkampung
Demi kehidupan dan matlamat yang bersabung,

Moga damai rezeki dan ilmi di canang
Membuah hasil nan di undang,

Kala membina sebuah pertiwi
Berilmu dan bermaknawi
Bagi sebuah Penghidupan yang hakiki.

Anak Perantau di Bumi Murabbi,
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Tanjong Malim, Perak.



Puisi anak perantau. Saya nukilkan semasa di pejabat. Tanggal 7 Ogos 2011. Sabtu.




Sekadar Mencoret rasa.

Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah. Rezeki masih ada

Tanggal 5 Ogos 2011. Jumaat

Alhamdulillah. Inilah kalimat mula-mula terpacul daripada mulut saya setelah saya mendapat tahu bahawa rezeki asya masih lagi ada di bumi Murabbi ini. Hari ini saya mendapat berita, kontrak saya di lanjutkan lagi sebulan. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Degan limpah kurnia pada bulan Ramadhan ini. Berita ini saya dapat tahu pada tengahari tadi. Ketika sibuk penyelia saya mahu keluar ‘Memantau’ pelatih praktikum mengajar beliau berkata ‘ saya rasa duit ada lagi.Boleh lah saya lanjutkan lagi tempoh awak berkerja dengan saya sebulan lagi’. Kata beliau. Saya tersengeh. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Ini bermakna kontrak saya akan habis pada 14 Oktober 2011. Alhmdulillah. Lama dan panjang lagi masa. Boleh saya berada di sini sambil menyiapkan tesis sarjana dan berkerja. Kalau di rumah pun tentu tidak berbuat apa pun. Inilah yang di panggil rezeki. Saya bersyukur!! 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari ini saya di telefon oleh Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan UPSI. Bertanyakan tentang tuntutan gaji pada hari konvokesyen. Ya saya menuntut gaji pada 27 Julai 2011. Hari di mana saya berkonvo. Malangnya, gaji saya tidak di bayar pada hari tersebut walaupun sudah saya buat surat dan tuntutan. Sudahnya, saya diarahkan mengisi boring cuti.  Biarlah rezeki tiada. Dan semasa saya menghantar borang cuti di  RMC (Research Management Centre), saya ada bertanya tentang borang tuntutan gai bulan 7. Kata pegawai di situ sudah sampai dan sedang diproses. Saya dengan muka tebal lalu bertanya, ‘agak-agak lah yer puan, bila ya masuk gaji bulan 7 ni ke akaun saya’. Maka puan tadi menjawab ‘oh tidak lama, minggu depan masuklah’. Ini kata beliau. Saya tersengeh. Sengeh dengan lebar sekali. Alhamdulillah. Ini juga rezeki. Tidak mengapalah. Harapan saya agar kata-kata pegawai ini benar!! Tiada daya saya menunggu gaji yang tidak kunjung tiba seperti tempoh hari. Kebulur di buatnya!!. Apa pun saya bersyukur. Berkat bulan Ramadhan kareem wal Mubarak!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/s: Saya rasa sangat gembira. Itu sahaja yang ingin saya luahkan. Tiada apa yang lebih mengembirakan melainkan rezeki yang tuhan Kurniakan melimpah ruah! Moga-moga ini akan memberikan semangat untuk saya terus berkerja dan menyiapkan kajian geran FRGS ini secepat yang mungkin. Apa pun. Nikmat rezeki yang Allah kurniakan ini saya akan manfaat sebaik mungkin. Saya sudah tiada apa yang igin di beli. Cukup sekadar makan minum saya, sewa rumah, top up telefon dan minyak motosikal. Sudah memadai. Berjimat cermatlah. InsyaAllah. Senang di kemudian hari.  Dedikasi khas buat penyelia saya, TERIMA KASIH DR MAZDI. Tiada apa yang boleh saya balas. InsyaAllah. Tuhan tambahkan lagi nikmat kehidupan pada Dr dan keluarga. Amenn.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Foto di bawah ini adalah gambaran di tempat saya berkerja. Fakulti Sains Kemanusiaan, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ini adalah Pintu masuk. Namanya Pintu Timur. 
Diambil daripada sebelah dalam. hari-hari saya melalui laluan ini!! 
agaknya puas sudah Pegawai Keselamatan melihat muka ini. hehe ^_^

Disinilah saya memarkir motosikal buruk saya. (motosikal inilah harta dunia dan akhirat saya di sini. 
Tiada motosikal ini maka tiada bergeraklah hamba kemana-mana pun. Mahupun berdarmawisata!!
Biasanya ada dua buah motosikal sahaja. saya sudah menerima sahabat baru di sebelah kiri saya..modenas merah. motosikal siapalah agaknya ini ya!! buat Semak! ^_^

Tanda pelekat ini pun saya lihat setiap hari. Disinilah Saya berkerja. ^_^

Di denai-denai ilmu. Ini adalah lorong menuju ke pejabat Penyelia saya merangkap juga pejabat saya. hehe
Semuanya bilik-bilik Pensyarah dan tutor. Semuanya ramah-ramah belaka!! 

Dan ini adalah bilik di mana tempat saya berkerja. Bilik bernombor 4A-14. Pada pintu inilah saya buka dan menutup setiap hari. Setiap hari bermula jam 7.50 minit pagi hingga 5.30 minit petang. Kuncinya ada pada saya!! hehe alhamdulillah. Diberikan kemudahan. ^_^

Ini adalah bangku dan meja di dalam pejabat. Tempat saya memerah benak dan tenaga menulis kajian. Alhamdulillah. Meja ini adalah pemberian Dr Mazdi kepada saya semasa mula-mula berkerja dahulu. di berikan Meja supaya selesa menulis agar kajian yang di tulis juga berkualiti!! InsyaAllah.

Gambar yang sama. tetapi sudut saya mengambil gambar ini berbeza. saya tidak dapat ambil penuh kerana keadaan bilik yang 'Kemas' tatkala ini. ^_^. masih lagi dalam proses 'mengemas' hehe

Lif. Hari-hari saya naik lif. Kata seorang pensyarah saya' kalau hari-hari naik lif, perut mudah buncit'. Saya pasti, kata-katanya sememangnya menyindir saya! saya gelak sahaja, Orang tua yang suka bergurau. saya Layan sahaja. Kadang-kadang, jentera angkut (lif) ini tidak boleh di harap. kadang-kadang lif terbuka pada aras 'F'. dan bila saya lihat saya sudah berada di bawah tanah!! Cemas. apa pun ini coretan pengalaman. Siapa mahu beli, SAYA TIDAK AKAN JUAL!! ^_^

Ini adalah mesin perakam waktu. Hari-Hari saya akan 'Swap' kad pintar pada mesin ini. ia akan menunjukkan  aksara "IN PPP340' bila masuk kerja dan 'OUT PPP340' bila pulang daripada kerja. nombor pekerja saya PPP340!!. saya sudah berkerja!!

Nama bangunan ini Malim Sarjana. Ada empat aras. Saya di Aras 4. Anjung A.

Muka hadapan bangunan. Semasa saya belajar pun disinilah tempat saya berjumpa para pensyarah saya. mereka orang yang baik-baik!! ^_^

Tertera Kompleks Malim Sarjana. Sesuai dengan namanya. disni letaknya 'Para-para Sarjana' membina ilmu. Kini, saya juga di sini.Juga membina ilmu. Tapi sebagai sementara sahaja! Doakanlah, agar suatu masa nanti saya akan datang bangunan ini lagi. Datang berkerja secara tetap lah pula!!


Saya letakkan gambar. ada orang komen blog saya. katanya Mana gambar. asyik tulisan sahaja, Ada gambar lah menarik. Saya buat muka. ^_^. Betul juga kata beliau. Daripada pembacaan dan ilmu semasa belajar ISMP, kalau hanya teks sahaja, murid akan kurang minat untuk belajar dan membaca. Jadi saya aplikasikannya disini. Saya letakkan gambar agak tuan-tuan dapat lihat dan cernakan. Mungkin bertambah minat untuk melihat blog saya yang tidak seberapa ini barangkali!! Apa pun ini adalah coretan jurnal kehidupan seharian saya. 5 hari berkerja dalam seminggu. Disinilah tempat saya mencari rezeki. Semoga ada sinar rezeki yang melimpah ruah lagi. Rezeki itu tidak datang bergolek. Kita harus berkerja menjana pendapatan. (dan saya merupakan orang yang paling ANTI MLM atau yang sewakytu dengannya. CUKUP TIDAK SUKA. MANA ADA, KERJA SIKIT DAPAT HABUAN BERJUTA-JUTA. MENGARUT!!) Ingat!! Bukan hanya tidur dan kemudian dapat rezeki. Rezeki akan datang jika kita usaha dan doa kepada Allah. Saya yakin dengan pertolongan dari NYA.


Mohon Permisi.
saya ada tanggung jawab lain yang ingin di lunaskan. Semoga di berkati. Ameen

Amar
Pejabat
Tanjong Malim.

Barakallah hu FiQ.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareeem wal Mubabarak 2011. Saya di pertantauan.

Tanggal 3 ogos 2011. Mencari damai rezeki di ceruk Bumi Murabbi.

Sudah bertahun-tahun saya merantau di negeri perak darul ridzuan ini. Makin lamalah saya kenal orang dan hati budi. Tahun ini merupakan tahun kelima saya berpuasa di perantauan. Dulu semasa belajar ISMP, teringin juga ingin balik ke rumah berbuka dan menyambut ramadhan bersama keluarga. Apa pun, harus kita fikirkan, jika di rumah kepuasan sahaja yang dapat kita nikmati melaiankan kita merantau baik belajar atau berkerja, kita akan dapat rasakan kepuasan yang lain. Alhamdulillah. Saya di berikan kekuatan untuk hadapi ini semua. Bak kata Bonda saya “ Orang lelaki kena kuat. Kuat kerja dan kuat belajar!!”. Ini azimat hidup saya. Ini yang saya pegang. Kejayaan memerlukan pengorbanan. Dan inilah pengorbanan yang telah saya lakukan. Untuk kejayaan, buat lah apa sahaja demi memandaikan diri sendiri. Amen.  Ramadhan kali ini saya berkerja. Jika dahulu saya sebagai pelajar. Jadual waktu yang anjal. Kadang-kadan tiada kelas dalam sehari. Kadang-kadang juga penuh! Bila berkerja, seperti biasalah. Masuk 8 pagi baliknya juga 5 petang. Saya akan amsuk awal dan baliknnya lewat! Kadang-kadang sampai jam 7 di pejabat.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Menyiapkan kerja yang senantiasa banyak. Biasalah. Dah namapun kerja kan. Tidak kisah tentang itu semua. Cuma apa yang saya fikirkan adalah beginilah caranya Bonda saya mencari wang untuk menyara keluarga. Demi memandaikan anak-anak supaya tidak jadi sepertinya. Saya berkerja. Tapi hanyalah kontrak sahaja sebelum tamat kontak saya sebagai pembantu penyelidik pada  14 September 2011 nanti. Saya harus mencari ganti kerja-kerja yang ada sekitar Tanjong Malim atau seumpamanya. Saya harus kerja!!. baik atau tidak terpaksalah pulang dahulu ke kampong halaman sementara kerja ada. Apa adanya kerja, akan saya usahakan. 12 September 2011, saya akan berdaftar sebagai pelajar sarjana. Saya memerlukan duit untuk semua itu. InsyaAllah. Ada dalam simpanan sikit-sikit di tambah duit gaji yang bakal di peroleh. Berwisata lah kemana pun, asal kerja yang dicari dapat. Saya akan gunakan kepakaran ijazah yang saya ada (jika perlu,kalau kerja kilang tak ada ijazah pun tak apa!!). Buat sahabat saya saudara luqman, mungkin beliau akan lama lagi disini sehingga November. Kontraknya di sambung. Teruskanlah berjuang sahabat! Saya mungkin mencari rezeki di ceruk lain pula! InsyaAllah. Dalam pada masa yang sama, penulisan disertasi sarjana akan saya teruskan. Hari ini juga saya bersyukur, BAB DUA bagi kajian geran penyelidikan  jangka pendek Dr MAzdi telah Berjaya saya siapkan. Lama juga menulis!! Saya kini akan menyambung penulisan geran ini pada bab 3 pula. InsyaAllah, sempat siap sebelum tamat kontrak saya. Saya tidak mahu di bayar gaji tanpa berbuat apa-apa. Bab 1, bab dua dan soal selidik telah saya sempurnakan.  Bab  3 sahaja nanti untuk saya nukilkan. InsyaAllah. Saya dibayar gaji atas penulisan kajian ini. Saya bukanlah orang yang pandai sekali pun, tetapi mencuba untuk mencari rezeki pada takat mana yang ada. InsyaAllah. Semoga keberkatan Ramadhan al kareemm wal Mubarak ini akan memberikan saya sinar rezeki untuk perjalanan yang lebih jauh lagi. Ameeen. InsyaAllah.

P/S: Alhamdulillah. Saya diberikan lagi kekuatan untuk berkerja. Lagi sedikit masa dalam bulan ramadhan ini kerja saya akan selesai. Akan di fikirkan pula kemana akan saya wisata. Semoga ini akan memberikan kekuatan pada saya untuk harungi semuanya. Saya sedang dan akan mencari kerja-kerja yang boleh saya lakukan agar tidak lah terbuang dan mambazir masa saya yang ada. Gunakan masa untuk mencari duit, agar kelak kita senang dan tiada bersusah. Doa agar dipermudahkan jalan rezeki. Ameen. InsyaAllah. J


Amar
Pejabat
Tanjong Malim. 

Saya Suka Bila Gaji Sudah Masuk. Sedih Bila Handset Buat Hal!!

ALHAMDULILLAH. Tanggal pada JUMAAT 29 JULAI 2011, gaji pertama saya sebagai Pembantu penyelidik di kreditkan. Hati saya sangat gumbira. Ada sesuatu yang telah saya niatkan dalam hati. InsyaAllah. Ianya termakbul juga. Tapi apa yang menyedihkan, telefon saya buat hal. Elok-elok gaji masuk telefon pula buat hal!! Apa adanya terpaksalah saya mendapatkan telefon baru. Jika tidak ada yang baru bagaimana untuk saya dihubungi oleh rakan-rakan dan pensyarah! Saya belikan juga. Saya beli degan hati yang tidak tenteram. Harganya murah sahaja. Rm 200. Cikai sahaja. Telefon saya tiada pernah yang mahal-maha. Saya golongan marhain sahaja!! Kali ini saya memilih jenama Sony Ericsson. Saya tidak pernah pakai telefon ini sebenarnya. Apa pun saya gembira. Saya sudah tidak perlu untuk besusah payah untuk membaca mesej (sebelum ini sudah ada kerosakan, skrinnya ada tompok hitam yang besar ; telah menyukarkan saya membaca mesej!!). kini yang baru. Skrinnya yang besar. Bak kata orang kedai telefon “ awak amik telefon baru lah. Awak punyer telefon tak dapat di selamatkan dah”. Dalam hati saya,kalau saya tahu macam  itu tidak pula saya bawa kemari telefon ini duhai saudara!. Maka telefon baru dibeli. Apa pun, rezeki semua du tangan Allah. Lagipun, telefon tua yang rosak tu pun sudah lama saya gunakan. Mungkin sampai masa dan ajal barangkali. Saya Redha. Ada hikmat di sebalik semua ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S: Alhamdulillah. Kini masuk bulan ogos. Gaji yang saya tuntut baru ini adalah gaji bulan 6.kini saya sudah menuntut gaji bulan 7.alhamdulillah. semua dokumen ada dan lengkap. Sudah pun saya hantar di pejabat am fakulti. Mudah-mudahan ianya dipercepatkan pembayarannya. Moga-moga duit ini akan dapat saya simpan untuk belanja bayaran yuran sarjana kelak. Saya bersyukur. Ada sesuatu akan saya bawa pulang untuk adik-adik di  Aidilfitri ini. Ameen.

Amar
Pejabat
Tanjong Malim

Coretan Konvokesyen. Langkahan Sulung!

Tanggal  pada hari Rabu,27 JULAI 2011. Bergraduat!

Alhamdulillah. Segapa puji bagi yang MAHA ESA, dengan limpah dan inayahnya. Saya selamat bergraduat. Dengan izin daripada NYA. Segala urusan berjalan degan lancar. Konvokesyen pertama dalam hidup saya. Saya di raikan oleh keluarga tercinta. Walaupun tidak ramai. Tapi saya bahagia dengan susah payah Ayahanda dan Bonda serta adik-adik yang di kejauhan datang meraikan majlis ini. Ayah dan Bonda yang sudah dimamah usia. Biasa lah makin hari kita makin tua. Itu pasti! Semua orang kena ingat! Bermulanya ceritera di pagi rabu. Semua bangun awal. Saya mengejutkan ahli keluarga yang bermalam di hotel bajet. ‘kita akan g awal. Ada perarakan akademik’. Saya berkata pada ayah dan bonda. Merka bersiap awal. Adik-adik pun sama. Kami sarapan bersama di kedai kegemaran ayah dan saya, Kedai mamak!. Saya  bersantap. Santap berjemaah! Ramai rakan-rakan taulan yang hadir. Hadir bersama ahli keluarga yang lain memeriahkan majlis konvokesyen. Saya melihat satu persatu. Wajah-wajah girang! Semuanya gembira. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selesai makan. Saya ke Auditorium. Menghadiri taklimat konvo. Puas ditaklimatkan. Kemudian berarak ke dewan SITC. Langkah demi langkah saya atur. Jelas kelaianan terasa. Di tepi, kiri saya, ada orang yang memakain jubah ‘dua jalur’. Geram saya melihatnya! Semasa berjalan, di tepi kiri dan kanan juga, terlihat para hadirin yang hadir memeriahkan majlis. Hadir dengan ceropong mewah! Sunting sana dan sini. Saya tersenyum saja. Sampai di pintu besar SITC, bunyi ahli muzik memainkan alat mengalunkan alunan muzik menyambut para graduan yang masuk. Saya melangkah masuk. Meremang bulu roma. Hari ini saya dihargai! Duduk. Dan melihat rakan taulan yang ada di sebelah. Mendengar segala istiadat protocol yang ada. Saya mendengar.  Dan tibalah saat nama di panggil. Kami berbaris panjang. Saya orang yang ke sebelas. Naik ke pentas. Saya berkata’ Terima kasih Pro Canselor’. Saya menerima ijazah daripada  Pro canselor. Turun dari pentas dan ramailah yang mengucap ‘ Tahniah Amar!’. Saya agak di kenali oleh kawan-kawan dari kursus yang lain. Gembira. Sedih. Semua bercampur baur. Pro Canselor berucap. Saya mendengar dengan penuh khusyuk. Dato Panglima Dr Abdul Rahman Arshad ini orang nya hebat! Bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Mendengar beliau bercakap seperti saya membaca buku. Kata beliau, “ ini baru permulaan cerita” Hebat! Tekun saya mendengar. Banyak nasihat dan ingatan yang di hamburkan. Istiadat habis. Saya meluru keluar. Bersama rakan-rakan sementara Bonda dan ayahanda masih di dalam dewan. Kami bergambar di depan Perpustakaan Tuanku  Bainun. Sempat juga saya bergambar dengan Dr Mazdi dengan jubah P.hD nya. P.hD Beliau dari UM! Keadaan yang kelam. Saya mendapatkan ayanda dan bonda. Membawa mereka makan-makan  dan berehat di hotel. Di sebelah petang, saya membawa ayahnda dan bonda bergambar di studio. Kami tersenyum puas bergambar.  Sebelah malamnya pula, keluar makan bersama dengan hali keluarga. Kami makan bersama. Alanglah bahagianya!! Keesokannya, family bakal pulang ke kampong. Selaku yang bertanggung jawab, saya menguruskan family. Saya menunggu di stesen bas tanjong malim. Menunggu hingga bas berjalan. Akhirnya. Mereka meninggalkan bumi murabbi ini dengan perasaan yang suka cita. Saya puas. Dapat berkhidmat pada usia mereka yang sudah lanjut. insyaAllah, anakanda akan balas jasa ayahanda dan bonda!!

P/S : Alhamdulillah. Sepanjang saya menguruskan family saya semsa istiadat konvokesyen, tiada apa yang berlaku. Smeuanya baik-baik sahaja. AlhamduLillah. Allah makbulkan doa saya. Semuanya di permudahkan. Biarpun pada masa itu saya tidak lagi mampu sediakan apa yang mewah-mewah buat family saya, saya puas. Berbaktilah apa adanya.! Ini baru langkahan sulung. Meniti hari esok dengan harapan yang lebih jauh!! InsyaAllah
Saya sudah update!! Hehe
Amar
Pejabat
Tanjong Malim.